Anak kucing menyerupai tupai

Aneh tetapi benar! Itulah yang terjadi kepada seekor kucing apabila melahirkan seekor anak kucing yang sangat mirip dengan tupai. Kejadian aneh yang berlaku di Kampung Besah Tok Limbung, Tawar yang berdekatan dengan Baling ini sedikit sebanyak telah menarik ramai minat orang luar untuk melihat dengan mata mereka sendiri tentang kejadian aneh ini.

Habsah Ismail (73 tahun) yang juga merupakan pemilik kepada kucing tersebut berkata beliau sangat terkejut apabila mendapati kucingnya sedang menyusukan seekor binatang yang mirip tupai. Tetapi bila diselidiki ianya adalah merupakan salah seekor anak kucing tersebut yang baru sahaja dilahirkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...