BN tak terpedaya perang psikologi

MUHYIDDIN disambut oleh Pemangku Pengarah Bersekutu Universiti Maryland, Mark Varner ketika tiba di universiti itu di Washington, semalam. Dakwaan pembangkang yakin boleh tawan Putrajaya hanya mainan politik.

TAN Sri Muhyiddin Yassin yakin dakwaan pembangkang kononnya boleh menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 hanyalah perang psikologi yang tidak akan memperdayakan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana pembangkang boleh mendakwa mampu menang dengan kelebihan kerusi yang besar tetapi yang membuat pilihan adalah rakyat.Bagaimanapun, bagi BN paling penting adalah meneruskan agenda demi kepentingan rakyat sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial.

Pembangkang memang banyak membuat pelbagai andaian tetapi pada pilihan raya negeri Sarawak lalu, pembangkang tetap kalah.

Saya tahu cabaran bukan mudah. Pembangkang sudah ada cita-cita tumbangkan kerajaan dan Putrajaya menjadi sasaran mereka. Bagaimanapun, kita (BN) tidak boleh ambil mudah. Yang penting dalam Gagasan 1Malaysia, rakyat kita dahulukan.

Atas dasar itu, kita boleh tingkatkan usaha kita, katanya ketika mengulas keyakinan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya pembangkang boleh menawan 11 negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Lim yakin selain negeri yang diperintah pembangkang, iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan, mereka mampu menawan semula Perak dan yakin menang di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Perlis.

Kit Siang kata Perdana Menteri dan saya tahu hakikat itu, tetapi sebenarnya itu tidak betul, sebaliknya ia adalah perang psikologi mereka bagi mengabui fikiran rakyat, katanya selepas mendengar taklimat di Universiti Maryland, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, BN tidak akan terjebak dengan permainan pembangkang kerana paling penting kita harus percaya pada rakyat yang yakin dasar perjuangan BN masih relevan.

Sebenarnya Kit Siang bimbang BN sudah sekian lama melangkah ke hadapan dengan transformasi politik dan ekonomi yang akan memberi impak besar kepada rakyat.

Pembangkang semakin bimbang perjalanan ke Putrajaya terbantut kerana pada pilihan raya kecil dan negeri Sarawak tidak semua tempat mereka menang, katanya.

Sumber : BHarian

5 enjin carian unik

Di sini saya ingin berkongsi 5 carian unik yang perlu anda ketahui. Sebagaimana hari ini, kebanyakan kita hanya menggunakan enjin carian am seperti Yahoo dan Google. Kali ini anda akan didedahkan dengan 5 carian unik yang mungkian anda tidak pernah mengetahui kewujudannya!

Icon Finder

jika anda ingin mencari grahpic .ico atau .pgn untuk projek design anda, di sinilah lubuknya.

Anak Chef Wan separuh bogel?

Huhuhu… betul ke anak chef wan separuh bogel? Masih ramai yang ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut! Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Bin Ismail, dilahirkan di Singapore in 1958 sebenarnya qualified as an accountant tetapi disebabkan minatnya yang mendalam pada dunia masakan dia meneruskan perjalanan hidup yang beliau pilih sekarang ni sebagai Chef Professional!  Ape kita merepek pasal Chef Wan ni, yang kita nak tau pasal anaknya yang separuh bogel tu kan? Jom baca lagi..

 

[Read more...]

Swepping Malaysia – Pelajar Malaysia jangan cetuskan provokasi

Itulah yang dinasihatkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada pemberita selepas melancarkan Program Mesej Daripada Perdana Menteri Sempena Hari Raya di Universiti Putra Malaysia, di sini hari ini. Perkara ini semakin menjadi berikutan dari insiden yang timbul gara-gara Malaysia dituduh sengaja menggunakan tarian Pendet yang berasal dari Bali dalam promosi pelancongan walaupun dilaporkan perkara itu dilakukan oleh sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di Singapura.

[Read more...]

Mencari Malam Lailatur Qadr (Qadar)

Pesan junjungan besar nabi muhammad (selawat dan salam keatas baginda) adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan. Petua oleh imam ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam lailatul qadar

 

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

  1. Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan.
  2. Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan.
  3. Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan.
  4. Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan.
  5. Sabtu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan.

[Read more...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...