Stun Gun atau di Malaysia lebih dikenali sebagai senjata renjatan elektrik kini mampu dimiliki dengan mudah tanpa permit kerana ia dijual secara berleluasa di beberapa kedai @ premis di sekitar Kuala Lumpur. Sepatutnya ia perlu ada permit untuk menjualnya dari pihak berkuasa polis.
Jika diteliti, walaupun ianya boleh dijadikan sebagai senjata mempertahankan atau melindungi diri dari serangan jenayah tetapi ia juga boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak bertentu untuk tujuan yang tidak baik.
Alat ini tidak boleh membunuh tetapi ia boleh menyebabkan mangsa renjatan lumpuh seketika dan tidak bermaya (tetapi jika kena pada tempatnya boleh membunuh bagi pesakit jantung!) sekaligus pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini boleh mengambil kesempatan ke atas mangsa.
Oleh itu pihak IsuMalaysia.com berharap agar pihak berkuasa tidak memandang remeh akan hal ini.
Recent Comments