Google+ Saingan Baru Facebook

Google akhirnya telah melancarkan projek yang sudah setahun dirancangnya iaitu Google+ yang akan menjadikan fungsi enjin pencarian ini sebagai suatu sistem network sosial yang besar. Google+ kini cuma terbuka kepada beberapa kelompok kecil untuk tujuan ujikaji terlebih dahulu namun penggune Google.com sudah mula boleh nampak perbezaan dari segi reka bentuk Google yang baru iaitu menu putih sebelum ini menjadi hitam.

Pada asasnya Google+ adalah sebuah sistem network sosial dan antara ciri utamanya adalah “the Stream” yang serupa dengan “Facebook News Feed” yang biasa digunakan pengguna Facebook. Ia membolehkan pengguna Google+ berkongsi gambar, video, pautan dan lokasi kepada rakan2 Google+.

Namun bermula dari itu, Google+ sudah berbeza daripa Facebook dimana tujuan Facebook adalah berkongsi dengan rakan2 Facebook namun Google+ akan menjadikan perkongsian bertujuan untuk sekelompok orang yang memiliki minat yang sama yang dinamakan sistem “Circles”.

Peneraju projek sosial Google, Vic Gundotra mengatakan bahawa kebanyakan sosial network (contohnya: Facebook, Twitter) tidak begitu berkesan dengan menggunakan senarai rakan kerana ia direka sebagai produk sampingan atau tambahan, berbanding sebagai produk yang bisa diadapatasi ke semua peringkat.

Google+ Circles bertujuan untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan keupayaan HTML5 yang membolehkan pengguna menarik dan meletak rakan2 ke dalam kumpulan sosial yang berbeza seperti rakan, sahabat, keluarga dan kumpulan target tentu.

Pengguna boleh mengeluar dan meletakkan rakan mereka sesuka hati dengan efek menarik kepulan asap dan -1 akan terhasil ketika mengeluarkan seseorang.

Sebagai komklusi, Google+ adalah jawapan Google untuk mengatasi Facebook sebagai sosial network yang lebih utama tatkala ujian sebelum ini dengan Google Buzz tidak berhasil. Samada Google+ bisa mengalahkan Facebook ataupun tidak bergantung kepada anda.

Sebagai pengguna Facebook adakah anda bisa bertukar kepada Google+?

Berikan pendapat anda di bawah.

Facebook boleh menceritakan segalanya..

click pada gambar untuk perbesarkan.

Siti Zainab Chia – Artis Facebook!

Itulah yang dikatakan tuah badan. Jangan sangka walaupun asyik berfacebook je, tetapi ia boleh mendatangkan peluang yang menarik. Siapa sangka yang Siti Zainab ni dari facebook je boleh jadi pelakon!

Jom kenali siapa Siti Zainab Chia:

[Read more...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...