Kongsi bra dengan boypren, romantik kan?

Tahukah anda, bra awekz anda boleh dijadikan penapis udara? Dan yang paling menariknya boleh dikongsi bersama! Barulah romantik der.. Tapi itu hanya kalau awek korang pakai bra jenis Emergency Bra la. :D

Dr. Elena Bodnar, inventor of the Emergency Bra, demonstrates how to deploy it on a suitably docile theoretical physicist. Recorded March 11 2010 at the Martin Wood Lecture Theatre, Oxford University during the IgNobel UK Tour 2010.

Dituduh gigit kemaluan isteri

KUANTAN – Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Saya tidak mencederakan dia,” kata Mohd. Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:

“Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa.”

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Sumber: Kosmo Online

Serang ayah enggan ceraikan ibu

SEORANG pembantu kantin menunjukkan kerusi dan meja yang rosak akibat pergaduhan anak dengan bapa di Pasir Mas semalam. PASIR MAS – Pekarangan kantin Mahkamah Syariah Pasir Mas di sini, kecoh semalam apabila seorang anak bergelut dengan bapanya setelah tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya yang enggan menceraikan isterinya selepas permohonan dibuat di mahkamah tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, lelaki berusia sekitar 50-an itu sedang minum di kantin terbabit sebelum didatangi anak lelakinya dan berlaku pertengkaran antara mereka sehingga menyebabkan berlaku pergelutan di antara mereka berdua.

Menurut peniaga kantin terbabit, Fadzilah Ismail, 52, pada mulanya kedua-dua beranak itu berbincang mengenai masalah mereka namun ia bertukar tegang apabila lelaki berusia 50-an terbabit mempersoalkan tindakan anaknya yang terlalu menyebelahi ibu.

Maka bermulalah pertelingkahan antara mereka dengan si anak mengambil jag air dan menyimbah ke arah bapanya.

Sumber: Kosmo Online

Google+ Saingan Baru Facebook

Google akhirnya telah melancarkan projek yang sudah setahun dirancangnya iaitu Google+ yang akan menjadikan fungsi enjin pencarian ini sebagai suatu sistem network sosial yang besar. Google+ kini cuma terbuka kepada beberapa kelompok kecil untuk tujuan ujikaji terlebih dahulu namun penggune Google.com sudah mula boleh nampak perbezaan dari segi reka bentuk Google yang baru iaitu menu putih sebelum ini menjadi hitam.

Pada asasnya Google+ adalah sebuah sistem network sosial dan antara ciri utamanya adalah “the Stream” yang serupa dengan “Facebook News Feed” yang biasa digunakan pengguna Facebook. Ia membolehkan pengguna Google+ berkongsi gambar, video, pautan dan lokasi kepada rakan2 Google+.

Namun bermula dari itu, Google+ sudah berbeza daripa Facebook dimana tujuan Facebook adalah berkongsi dengan rakan2 Facebook namun Google+ akan menjadikan perkongsian bertujuan untuk sekelompok orang yang memiliki minat yang sama yang dinamakan sistem “Circles”.

Peneraju projek sosial Google, Vic Gundotra mengatakan bahawa kebanyakan sosial network (contohnya: Facebook, Twitter) tidak begitu berkesan dengan menggunakan senarai rakan kerana ia direka sebagai produk sampingan atau tambahan, berbanding sebagai produk yang bisa diadapatasi ke semua peringkat.

Google+ Circles bertujuan untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan keupayaan HTML5 yang membolehkan pengguna menarik dan meletak rakan2 ke dalam kumpulan sosial yang berbeza seperti rakan, sahabat, keluarga dan kumpulan target tentu.

Pengguna boleh mengeluar dan meletakkan rakan mereka sesuka hati dengan efek menarik kepulan asap dan -1 akan terhasil ketika mengeluarkan seseorang.

Sebagai komklusi, Google+ adalah jawapan Google untuk mengatasi Facebook sebagai sosial network yang lebih utama tatkala ujian sebelum ini dengan Google Buzz tidak berhasil. Samada Google+ bisa mengalahkan Facebook ataupun tidak bergantung kepada anda.

Sebagai pengguna Facebook adakah anda bisa bertukar kepada Google+?

Berikan pendapat anda di bawah.

Terlena “kekenyangan” selepas seks!

Haa.. amik ko, kan dah kena belasah ngan abang dia! Itulah nasib seorang remaja 17 yang dikatakan terlena “keenakan” dan “kekenyangan” selepas melakukan hubungan seks dengan pasangan kekasihnya pelajar perempuan berusia 14 tahun dalam bilik di rumah teman wanitanya itu.

[Read more...]

Fakta menarik enjin Campro Proton

Sekarang ni proton makin mengorak langkah ke hadapan dengan memuatkan hampir beberapa model terkini mereka dengan deruan dan kuasa dari enjin Campro. Tidak dinafikan enjin Campro menjalani pelbagai tahap penambah-baikan dan makin diterima di kalangan pengguna.

Selipar tapak gaya seks?

Sekarang pelbagai cara dan dakyah orang kafir cuba menjatuhkan umat Islam. Terbaru adalah dengan menyebarkan satu jenis selipar yang tapaknya menunjukkan dengan gaya-gaya seks. Ia sangatlah tidak sesuai jika anak-anak muda kita yang memakainya… lagi-lagi jika anak perempuan…

 

Hubungan ‘ikhlas’ Fahrin dan Scha Alyahya

Yezza… itu dia, keluar juga kenyataan dari mulut si Fahrin mengenai hubungannya dengan Scha Alyahya.

“Kalau ikutkan sudah beratus hari saya mencari isteri. Tapi bakal isteri saya memang hot,” ujar Fahrin berseloroh. “Setiap apa yang berlaku sebelum ini merupakan proses pembelajaran. Apa yang dapat disimpulkan hubungan kami berjalan tanpa dirancang namun ikhlas,” ulas Fahrin jujur.

 

[Read more...]

ISA nak dihapuskan?

Dengar-dengar cerita ISA nak dihapuskan dan akan digantikan dengan satu badan Mahkamah Khas. Itulah yang dicadangkan oleh Dr. Chandra Muzaffar, penganalisis politik yang berpendapat bahawa ISA patut dihapuskan dan digantikan dengan penubuhan mahkamah khusus yang berfungsi seperti Mahkamah Khas untuk raja-raja bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam menangani ancaman keselamatan.

 

[Read more...]

Tentera paling banyak menyertai skim cepat kaya

Disebabkan dakwaan kekurangan gaji pokok, kebanyakan golongan tenteralah yang banyak menyertai skim cepat kaya yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan penipu licik di negara kita. Disebabkan tekanan hidup dan desakan kekurangan wang, golongan tentera sanggup berhutang dengan Ah-long semata-mata untuk menyertai skim cepat kaya!

 

[Read more...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...