Guru besar yang gatal miang

MELAKA – Kekerapan gangguan seksual terlampau yang dibuat oleh seorang guru besar miang kepada seorang guru wanita sebuah sekolah rendah di negeri ini membuatkan guru wanita tersebut bukan saja trauma serta takut, malah hubungan dengan suaminya turut berkecamuk dan kacau bilau. Gangguan seksual terlampau ini diterima beliau apabila guru besar yang berusia dalam lingkungan 50-an ditukarkan ke sekolah terbabit dan memulakan tugas di sekolah itu pada awal Julai lalu.

Guru wanita tersebut yang berusia dalam lingkungan 47 tahun berkata, gangguan seksual tersebut membuatkan beliau menjadi sangat tertekan sehingga beliau terpaksamengambil cuti sakit tiga minggu berikutan tekanan darah tinggi sejak berdepan dengan perangai guru besar miang terbabit.

Guru wanita itu sudah berada di dalam bidang perguruan selama 25 tahun itu menganggap peristiwa gangguan seksual ini sebagai pengalaman yang paling memualkan kerana apa yang dilakukan guru besar itu bukan sahaja menjatuhkan maruah tetapi harga dirinya apabila gangguan dilakukan di depan guru dan kakitangan sekolah.

Walaupun gangguan seksual itu tidak melibatkan gangguan dari segi fizikal tetapi guru besar tersebut selalu membuat mimik-mimik muka yang menggelikan setiap kali mengganggunya dengan kata-kata yang membuatkan dia meluat dan tidak mampu berdepan dengan lelaki itu.

Sebelum ini, saya tak beritahu suami mengenai perkara ini, tapi perangai guru besar makin menjadi-jadi menyebabkan saya tiada pilihan kerana bimbang suami mendapat maklumat kurang tepat mengenai apa yang berlaku. Malah, air mata saya sudah kering disebabkan menangis setiap hari mengenangkan tingkah laku buruknya kerana dia buat perkara ini di depan guru dan kakitangan lain. Di mana saya hendak letak maruah, nanti orang ingat saya pula yang gatal. Perkara ini sudah menjadi perbualan, malah tiga anak saya juga menyedari perubahan diri saya kerana tidak ceria seperti dulu katanya.

Kata-kata tersebut diluahkan oleh guru wanita terbabit selepas ditemui membuat laporan polis di Balai Polis Kandang.

[Read more...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...