Bekas komander: Jika FRU berkasar, pasti ramai di hospital

Jika dakwaan bahawa polis terutama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak kasar semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu di ibu negara itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital atau sebagai pesakit luar, kata seorang bekas komander FRU hari ini.

Supt (B) Sulaiman Menga Din berkata anggota FRU telah dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan para penunjuk perasaan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP).

Semua anggota dikehendaki mematuhi arahan secara terperinci termasuk dakwaan melepaskan gas pemedih mata secara sembarangan, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

“Setiap kali orang FRU diperlukan berada di lapangan, mereka diberi penerangan berdasarkan maklumat yang diterima mengenai jangkaan orang yang berhimpun, isu yang terlibat dan sama ada mereka bersenjata dan maklumat lain yang berkaitan,” kata Sulaiman.

Beliau berkata semasa perhimpunan 9 Julai itu, para pegawai yang terbabit dalam operasi dimaklumkan bukan sahaja untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di pusat bandar tetapi juga mencegah kemungkinan pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang bersaing.
Insiden terpilih

“Anda perlu faham pada masa ini hampir setiap tindakan atau pergerakan direkodkan dan dalam tempoh sekejap sahaja ia telahpun dimuat naik dalam laman web dan penonton malah boleh mengikuti perkembangan hampir secara langsung.”

“Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian,” kata Sulaiman.

Beliau berkata masalah berlaku apabila hanya insiden terpilih atau terpencil ditonjolkan dan polis tidak berpeluang untuk mempertahankan diri mereka.

Sulaiman yang merupakan komander FRU antara 1996-99 berkata polis gagal untuk memahami prosedur yang digunapakai oleh polis pencegah rusuhan dalam negara berbanding dengan negara-negara lain.

“Hampir setiap hari saluran berita menonjolkan bagaimana penunjuk perasaan diperlakukan dengan kasar dan polis pencegah rusuhan bertindak kasar malahan di negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia,” katanya.

Sulaiman berkata berdasarkan pengalamannya pada 1998, ia merupakan tugas yang sukar untuk menghimpunkan 1,600 penunjuk perasaan dan menjalankan saringan sebelum membebaskan mereka menjelang 9 malam.

Tak sampai 10 orang

Beliau berkata tidak sampai 10 orang yang datang ke balai polis keesokan paginya untuk membuat laporan jika mereka benar-benar dilayan secara buruk.

“Tapi orang ramai hanya bercakap mengenai kecederaan yang dialami di kalangan penunjuk perasaan. Bagaimana tentang orang kami yang cedera semasa demonstrasi pada 1998 di mana lastik dan batu digunakan terhadap mereka,” katanya.

Malah, Sulaiman berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya mendakwa bahawa mereka terkena kanister gas pemedih mata, kedua-dua mereka dibenarkan mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta mengikut pilihan mereka dan polis tidak menghalang atau mengancam untuk menangkap mereka.

Beliau menegaskan bahawa setiap anggota polis telah dilatih untuk menghormati hak seseorang individu dan hanya campur tangan jika mereka menyalahi undang-undang.

“Apa yang kita tengok pada 9 Julai adalah para penunjuk perasaan telah melanggar dan tidak menghormati undang-undang dan orang kami yang beruniform hanya menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.. mudah sahaja,” tegas Sulaiman.

Mengenai pengambilan kakitangan FRU, Sulaiman berkata mereka yang mempunyai kualiti yang diperlukan terutama yang sentiasa tenang dan memahami undang-undang akan diberi keutamaan.

Sulaiman berkata post-mortem juga diadakan secara tetap untuk mengenal pasti kelemahan atau sebarang salah laku oelh pegawai dan anggota semasa operasi.

“Pada masa-masa lalu, tindakan diambil terhadap mereka termasuk menyingkirkan mereka daripada daripada unit itu,” katanya.

Eksekutif bank curi RM59.4 juta

GARY FOSTER didakwa membeli sebuah rumah mewah di Englewood Cliffs, New Jersey. QUEENS – Seorang bekas eksekutif kumpulan perbankan Citigroup, Gary Foster didapati menggelapkan wang sebanyak AS$19.5 juta (RM59.4 juta) dalam tempoh 18 bulan dan menggunakan wang itu untuk membeli sebuah banglo berharga AS$3 juta (RM9.1 juta), membayar AS$1.93 juta (RM5.8 juta) untuk sebuah apartmen dan beberapa kereta mewah.

Sebuah akhbar melaporkan Foster, 35, turut didakwa menggaji seorang pemandu untuk memandu kereta Maserati GranTurismo dan sebuah BMW 550i miliknya selain telah menempah sebuah kereta Ferrari apabila dia ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Ahad lalu.

Sumber-sumber berkata, Foster ditahan semasa dia turun dari sebuah pesawat dari Bangkok di Lapangan Terbang Kennedy, New York

“Defendan menggunakan pengetahuannya tentang operasi Citigroup untuk menggelapkan wang dari dalam bank,” kata seorang pendakwa raya, Loretta Lynch semasa mengumumkan dakwaan menipu terhadap Foster yang berkhidmat dengan Citigroup selama 12 tahun sebelum dia meletak jawatan pada Januari lalu.

Foster memperoleh pendapatan AS$100,000 (RM304,700) setahun sebagai pembantu naib presiden di sebuah pejabat perbendaharaan dan kewangan Citigroup di sini yang menguruskan pelaburan bank tersebut.

Pihak berkuasa bagaimanapun mendakwa mulai Mei 2009 hingga Disember tahun lalu, Foster memindahkan AS$19.2 juta daripada beberapa akaun dalaman Citigroup ke dalam akaun peribadinya di bank Chase.

Dia didakwa cuba menutup penipuan itu dengan mewujudkan kontrak pelaburan palsu supaya pemindahan wang itu dilihat tidak melanggar peraturan syarikat. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Ukur jari pada bola sendiri

LELAKI itu kelihatan seperti menunggu kehadiran seseorang di premisnya yang terletak di tingkat dua pusat beli-belah Endah Parade, Bandar Baru Sri Petaling, Selangor. Sesekali matanya melirik ke arah jam tangan yang dipakainya.

Sudah pukul 3.30 petang, kejap lagi sampailah, getusnya di dalam hati.

Sambil menunggu, Nor Azmi Ismail, 43, memerhatikan persekitaran ruang premisnya, My Pro Shop yang baru beroperasi pada Mei lalu.

Dia sendiri tidak menyangka minat yang mendalam terhadap sukan boling sejak usia 17 tahun membolehkannya bergelar usahawan dalam bidang yang jarang-jarang dikuasai oleh kaum Melayu itu.

Satu ketika dahulu, dia pernah bekerja dalam bidang pembinaan, namun disebabkan komitmen terhadap keluarga memaksanya untuk berhenti kerja.

Cintanya kembali bertaut terhadap boling, tetapi bukan sebagai atlet profesional sebaliknya pembantu kedai dan penebuk lubang bola boling (driller) di beberapa premis boling di ibu negara.

Bekerja di bawah driller berpengalaman, pemain dan jurulatih boling negara seperti Alex Lew dan Ben Heng menyebabkan dia bertekad untuk membuka perniagaan sendiri pada tahun 2007 di Cosmic Bowl Mid Valley.

Sejak itu, rutinnya agak padat. Hampir saban hari dan minggu jadualnya dipenuhi temu janji bersama pelanggan. Menguruskan dua premis My Pro Shop serentak di dua lokasi yang berasingan nyata sedikit memenatkan.

Ibarat kata pepatah, alah bisa tegal biasa, anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu rela melakukannya. Lagipun dia sudah berpengalaman hampir sedekad dalam bidang itu dan mempunyai pelanggan setia yang sentiasa menagih khidmat dan kepakarannya.

Pintu yang tiba-tiba terbuka bagaimanapun mematikan lamunannya. Pelanggan yang ditunggu-tunggunya hadir seperti yang dijanjikan.

Tanpa berlengah, Nor Azmi bersama seorang kakitangannya, Azrul Azidi Alias, 26, memulakan tugas. Ukuran jari pelanggan diambil menggunakan peralatan khas, dikenali sebagai ball fitter untuk menentukan jarak antara jari, sudut lubang dan kedalaman lubang jari pada bola.

Kesemua maklumat itu kemudiannya ditandakan pada bola, sebelum ia ditimbang dengan menggunakan penimbang khas untuk menentukan side weight, single weight, thumb weight, top weight dan sebagainya.

Selepas semua bacaan diambil dikira, barulah proses terakhir dilakukan iaitu menebuk bola dengan mesin.

Lazimnya, beginilah proses menebuk bola boling. Saya akan bertanyakan beberapa maklumat penting pelanggan seperti berat badan, tangan mana yang digunakan, teknik balingan serta kondisi permainan mereka.

Ball fitter digunakan untuk mendapatkan ukuran jari yang tepat.

Selepas itu, barulah saya mencadangkan jenis bola yang sesuai berdasarkan pengiraan yang telah dilakukan, katanya sambil menambah kebanyakan bola boling diimport dari negara seperti Amerika Syarikat, Mexico, China dan Korea Selatan.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, pengiraan dan ukuran perlu dilakukan dengan teliti kerana setiap bola dan pemain mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain.

Material bola

Ceritanya, walaupun setiap bola kelihatan hampir sama pada pandangan mata kasar, namun ia dibezakan melalui pemberat dan material yang digunakan semasa proses pembuatannya.

Misalnya, bola bagi balingan straight mempunyai permukaan yang lebih licin dan berkilat, beratnya pula sekitar lima hingga tujuh kilogram dan materialnya lebih lembut untuk memberi lebih impak terhadap pin. Kedudukan lubang pada jari pula adalah berdasarkan cengkaman konvensional.

Begitu juga dengan bola untuk balingan spinner atau balingan hooked, berat, saiz, kedalaman lubang jari dan sudut yang berbeza antara satu sama lain, jelasnya.

Nor Azmi berkata, terdapat dua jenis material yang digunakan pada bola boling iaitu jenis polister dan reaktif dan digunakan mengikut kesesuaian dan keadaan gelanggang.

Penggunaan bola polister digunakan bagi peringkat permulaan manakala bola reaktif pula sering digunakan di peringkat lebih tinggi seperti entry level sehingga ke high performance.

Umumnya, bola reaktif memberikan impak yang lebih baik berbanding bola polister, namun ia juga bergantung kepada kemahiran pemain, keadaan gelanggang dan aksesori yang digunakan, ujarnya.

Beliau memberitahu setiap bola dijual pada harga di antara RM200 hingga RM800 bergantung kepada jenis dan jenamanya.

Seorang pelanggan tetap Nor Azmi, Zanilatun Kamariah Zakaria, 36, mengakui pemilihan dan penggunaan bola yang sesuai penting dalam mendapatkan mata tertinggi dalam setiap permainan.

AZMI yang pernah bekerja sebagai penebuk bola boling akhirnya nekad untuk mengusahakan bisnes kedai bolingnya sendiri sejak empat tahun.

Dulu saya juga agak kabur mengenainya. Apabila sudah lama berjinak-jinak di dalam sukan ini barulah saya tahu mengenai berat bola, jenis bola, teknik balingan dan keadaan gelanggang penting untuk mendapatkan balingan yang sempurna.

Jika tidak, ia bukan sahaja merosakkan permainan, malah berkemungkinan menyebabkan kecederaan pada jari atau tangan, katanya yang menetap di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor.

Kakitangan sebuah bank tempatan itu memberitahu, kehadiran driller profesional seperti Nor Azmi memudahkan pemain boling amatur sepertinya mendapatkan tip dan ciri-ciri bola yang dikehendaki.

Selain mendapatkan perkhidmatan menebuk lubang bola, premisnya juga menawarkan perkhidmatan lain seperti mengilat bola di samping menjual pelbagai aksesori berkaitan.

Apa yang pasti, sekarang terdapat pelbagai pilihan jenama dan jenis bola di pasaran. Setidak-tidaknya perkembangan ini dapat membantu pemain meningkat tahap permainan mereka, katanya.

kredit : kosmo.com.my

Jualan amal di stesen kereta api

KTM turut menjalankan kutipan di dalam gerabak sepanjang perjalanan ke Stesen Kereta Api Ipoh. SUASANA hujung minggu lalu di Stesen Kereta Api Ipoh yang menyimpan sejarah pembinaan berusia 76 tahun itu sangat berbeza daripada hari-hari biasa.

Dalam kesibukan penumpang menunggu ketibaan gerabak kereta api yang akan membawa mereka ke destinasi pilihan, di siar kaki stesen, sekumpulan sukarelawan sedang giat menarik perhatian khalayak.

Berlatarbelakangkan seni bina kolonial, celoteh deejay bertugas yang diselang-seli dengan dendangan muzik berjaya mencuri perhatian orang ramai yang rata-ratanya sibuk dengan urusan masing-masing.

Berdekatan kanopi yang menempatkan deejay bertugas, pelbagai pakaian terpakai digantung dan ada juga yang ditempatkan di dalam kolam mandi plastik untuk kanak-kanak yang diubah fungsi menjadi ruang longgokan.

Selain itu, barang-barang terpakai lain seperti buku, pinggan-mangkuk malah tudung berwarna-warni turut menjadi pilihan kepada mereka yang berminat untuk membeli.

Pakaian yang masih berada dalam keadaan elok itu dijual pada harga serendah RM2 manakala buku-buku termasuk hasil karya penulis terkenal boleh dibeli pada harga RM5 sahaja.

Bonanza Amal

Keadaan meriah itu adalah sebahagian daripada usaha Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (IRM) dalam menganjurkan program Bonanza Amal Barangan Terpakai 1Malaysia dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Semua barang terpakai yang dijual semula itu merupakan hasil sumbangan orang ramai. Semua aktiviti pengumpulan dan derma telah diadakan selama tiga minggu di stesen-stesen komuter.

Kemudian, barang-barang tersebut disaring oleh para sukarelawan bagi memastikan hanya barangan yang masih dalam keadaan baik dijual.

Program jualan amal itu bertujuan untuk mencari dana bagi membantu penduduk Malaysia yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut Presiden IRM, Zawahir Abdullah, kutipan daripada jualan yang dibuat di Ipoh itu nanti akan disalur kepada keluarga miskin yang telah dikenal pasti di Bagan Serai pada 9 Julai ini.

Seramai 200 orang yang telah terpilih terdiri daripada ibu tunggal, warga emas yang miskin, OKU (orang kelainan upaya) dan sumbangan berbentuk barang-barang makanan.

PARA sukarelawan IRM terlibat dalam jualan program Bonanza Amal bagi mengumpul dana membantu rakyat Malaysia yang tidak bernasib baik.

Bagi memastikan bantuan disalur kepada pihak yang benar-benar layak, pihak IRM mendapat senarai nama-nama individu yang dikategorikan miskin dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dengan senarai yang ada, sukarelawan IRM akan melakukan pemeriksaan dan meninjau keadaan dan rumah individu yang berada di dalam senarai bagi melihat keperluan mereka.

Dari situ, kami akan menyaring orang yang berkelayakan untuk menerima bantuan, ujar Zawahir ketika sidang akhbar Bonanza Amal di Bilik VIP Stesen Kereta Api Ipoh.

Sasar

Bagi tahun ini, IRM menyasarkan jumlah dana yang terkumpul sebanyak RM10,000 dan bagi program Bonanza Amal di Ipoh sahaja mereka berharap dapat mengumpulkan hasil dana sejumlah RM3,000,

Jualan amal Bonanza 1Malaysia di Ipoh juga turut dihadiri oleh Pengerusi IRM cawangan Perak, Ahmad Najib Ahmad dan Pengurus Pemasaran KTM Intercity, Mohd. Noordin Kimi serta kakitangan KTMB dan sukarelawan IRM.

Sebagai rakan kerjasama, KTMB sentiasa peka dalam membantu golongan yang memerlukan dengan menghulurkan bantuan seperti menyediakan tempat acara jualan amal dijalankan.

Menurut Noordin, KTMB turut mengadakan sebuah tabung yang dipanggil charity-drive dengan tujuan mengutip derma di dalam gerabak sepanjang perjalanan kereta api.

Wang derma itu nanti akan diserahkan kepada IRM untuk diagih-agih kepada rakyat Malaysia yang memerlukan, tambah Noordin.

kredit : kosmo.com.my

Terlena “kekenyangan” selepas seks!

Haa.. amik ko, kan dah kena belasah ngan abang dia! Itulah nasib seorang remaja 17 yang dikatakan terlena “keenakan” dan “kekenyangan” selepas melakukan hubungan seks dengan pasangan kekasihnya pelajar perempuan berusia 14 tahun dalam bilik di rumah teman wanitanya itu.

[Read more...]

ISA nak dihapuskan?

Dengar-dengar cerita ISA nak dihapuskan dan akan digantikan dengan satu badan Mahkamah Khas. Itulah yang dicadangkan oleh Dr. Chandra Muzaffar, penganalisis politik yang berpendapat bahawa ISA patut dihapuskan dan digantikan dengan penubuhan mahkamah khusus yang berfungsi seperti Mahkamah Khas untuk raja-raja bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam menangani ancaman keselamatan.

 

[Read more...]

Kemalangan ngeri di Gurun, Kedah

Baru je kami berpesan-pesan supaya berhati-hati di jalanraya. Kemalangan ngeri di Gurun ini mengorbankan empat sekeluarga di lebuhraya utara selatan. Mereka yang terbunuh ialah Pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Mohd. Yusof Ahmad, 53; isterinya, Hasnah Hamzah, 52, serta dua anak gadis mereka, Hazwani Izati, 24, dan Hafizatun Alimi, 20.

 

(gambar dari Utusan Online)

[Read more...]

Berebut tepung, 20 orang miskin maut di Karachi

Akibat berebut tepung yang diagihkan kepada penduduk-penduduk miskin di Karachi, 20 orang dari mereka maut susulan dipijak dan dihimpit dalam tragedi rempuhan yang berlaku di sebuah tangga dan lorong. Puluhan wanita dan kanak-kanak daripada keluarga miskin berasak-asak di tingkat pertama pejabat sebuah badan kebajikan di kawasan perumahan Taman Khori di sini menjelang tengah hari.

 

Tragedi itu berlaku empat hari selepas insiden rempuhan yang membunuh lima kanak-kanak perempuan di sebuah sekolah awam di New Delhi, ibu kota India yang berjiran dengan Pakistan.

[Read more...]

Sejadah berdiri selama 8 jam!

Pelik dan menghairankan bagi SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal yang dapat melihat satu kejadian mistik di mana sejadah di dalam rumah mereka berdiri selama 8 jam! Ianya seolah-olah sedang melakukan solat dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

[Read more...]

Kemalangan ngeri di Gua Musang

Seorang bapa terkejut melihat satu kemalangan ngeri yang berlaku di Gua Musang merupakan anaknya sendiri. Ismail Ngah, 53, bapa kepada Md. Nasarudin, 21, salah seorang mangsa yang maut berkata, dia kebiasaannya menunggang motosikal ke kebun getahnya di Kampung Kundur melalui Jalan Pulai Lama setiap pagi.

 

dari kiri Nasarudin, Shamin dan Aliff
(tiga sahabat yang terkorban)

[Read more...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...