Bapa tiri setan rogol anak

GUA MUSANG – Kerana terlalu takut akan perbuatan setannya terbongkar, seorang lelaki yang juga bapa tiri kepada seorang remaja perempuan ini sanggup menyimbah asid dan cuba membunuh remaja berkenaan sebelum dia sendiri meneguk asid tersebut dan mati di situ.

Semasa dalam 10.30 pagi semalam, lelaki setan yang berusia dalam lingkungan 50 an tersebut membawa anak tirinya itu ke sebuah ladang getah di Kampung Aring Enam selepas pulang bersiar-siar di bandar. Kemudian di situlah gadis berkenaan dirogol berkali-kali oleh lelaki bernafsu syaitan itu, kata Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan.

Remaja terbabit yang terkejut dengan perbuatan bapa tirinya itu merayu berulang kali agarĀ  tidak diperlakukan sedemikian dan jeritannya didengari beberapa penduduk yang kebetulan berada berhampiran ladang getah berkenaan.

Dengan terkejut dan ketakutan, lelaki setan itu mula hilang akal dan terus menikam menggunakan pisau dan menyimbah asid kepada anak tirinya itu. Sejurus kemudian dia sendiri meminum asid terbabit menyebabkan dia menggelupur dan mati di tempat kejadian.

Penduduk tempatan memberikan bantuan kepada gadis tersebut sebelum pihak polis sampai ke tempat kejadian tersebut. Remaja terbabit yang dalam keadaan kritikal kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) Kota Bharu untuk mendapat rawatan lanjut. Mayat lelaki berkenaan pula dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Rusdi Ramli sudah jadi ayah

Tahniah diucapkan kepada Rusdi Ramli dan Sharon Paul kerana sekarang anda secara rasminya telah bergelar ibu dan bapa. Kehadiran cenderamata kecil itu sedikit sebanyak akan menyerikan suasana rumah tangga mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...