Hari raya adalah antara saat-saat yang dinantikan oleh pelbagai lapisan golongan masyarakat yang beragama Islam. Ini antara menunjukkan kemenangan mereka berpuasa selama sebulan. Tetapi tidak lupa juga gelagat-gelagat kelakar mereka yang tidak sabar meraikan hari raya ini. Antara perkara-perkara yang biasa terjadi pada malam raya (esok la rayanya!) :
- Berkata dalam hati “Yes, esok dah takyah poser… boleh minum air banyak-banyak!”
- Boleh gi jalan-jalan umah awek ni esok!
- Tengok sarkas kat tv pun ok gak pada pagi-pagi raya…
- “Baju raya aku dah gosok ke belum.. kena gosok awal-awal ni, nanti kang tak pasal pasal berebut stareka”.
- “Aduh…baju ada 12 helai lagi ni tak siap jahit.. camne nak bagitau customer ni…”
- “Saya tak kira, saya nak beraya kat Kedah jugak tahun ni, tak kira…” kata milah pada lakinya.
- “Alamak minyak kete tak isi lagi ni, kena gi isi cepat sebelum orang penuh”.
- “Abang… ada nampak tak duit syiling yang saya kumpul ni? Nak buat duit raya kasi bebudak ni…”
- “Mak, mak janji nak kasi RM100 kat adik kan kalau adik puasa penuh tahun ni?” – Maknya menggaru kepala…
- “Esok aku nak g jalan kat semua rumah. Tahun lepas collection dapat RM120, minta-minta la tahun ni dapat RM200″. Kata adik Hanip dalam hati…

Recent Comments