Alhamdulillah murahnya rezeki Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang selamat berlepas ke tanah suci Makkah untuk mengerjakan umrah bersama suami tercintanya Dato K.

Menurut Metro Ahad;
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, berlepas ke tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah Ramadan kelmarin.
Beliau ditemani suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa, anak tiri bongsunya, ibu mentua, kakak ipar dan seorang teman.
Sudah lima kali Siti Nurhaliza menunaikan umrah Ramadan di tanah suci Makkah. Tarikannya begitu kuat sejak beliau menunai umrah Ramadan pertama kali beberapa tahun dulu.
‘Sukar Siti jelaskan. Mereka yang pernah merasai pengalaman berpuasa di sana tentu lebih faham.
‘Siti amat seronok di sana bersama umat Islam lain, berpusu-pusu ke masjid tatkala azan berkumandang,’ kata beliau seperti ditukil akhbar Metro Ahad.
‘Indahnya pengalaman itu sukar digambarkan!’ kata Siti Nurhaliza kepada pemberita sehari sebelum bertolak ke Madinah.
Menurut Siti, beliau mahu merebut keberkatan Ramadan Al-Mubarak dan kelebihan bersolat dan bertarawih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Beliau akan berada di sana cuma 10 hari dan selebihnya menyambut Ramadan dan Aidilfitri di Malaysia.
Namun, pemergian beliau kali ini dibayangi gosip konon beliau telah dimadu.
Siti Nurhaliza cuma tergelak dengan cerita itu, selepas tersebar khabar angin berkaitan suaminya di Internet dan akhbar.
‘Biarlah orang nak bercerita. Siti tak rasa cerita itu ada kaitan dengan Siti dan suami Siti, sebab ia tidak berlaku kepada kami,’ katanya.
‘Cuma, kalau berita begitu keluar, orang ramai akan membuat tekaan.
‘Yang penting, cerita itu tiada kaitan dengan kami,’ tegas Siti. —


Recent Comments