Histeria di SMK Paya Pulai tak habis lagi!

Itulah berita terkini yang diperolehi dari Kosmo Online yang mengatakan kejadian histeria di SMK Paya Pulai tidak lagi habis! Mangsa yang terkena histeria tersebut mendakwa ternampak lembaga hitam berkeliaran di sekitar tandas dan kelas tidak lama sebelum bulan Ramadan bulan lalu. Yaikss, seram den mendengarnya!

 

Petikan dari Kosmo Online;

TEMERLOH – Sebatang pokok balak yang berada di hujung padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Pulai di sini didakwa mungkin menjadi punca beberapa siri serangan histeria terhadap 85 pelajar perempuan sejak lima bulan lalu.

Pokok setinggi 10 meter itu tumbuh di pinggir hutan yang bersempadan dengan pagar padang sekolah berkenaan. Dalam satu kes, seorang mangsa dikatakan telah dirasuk dan menjerit-jerit meminta dihantar ke pokok itu bulan lalu.

Seorang mangsa serangan histeria yang hanya mahu dikenali sebagai Rin memberitahu Kosmo! : “Apabila cikgu tanya, dia (mangsa) kata tempat asalnya itu ialah bawah pokok di hujung padang sekolah.”

Rin turut terkena serangan histeria dan pengalaman ngerinya itu bermula apabila dia mendakwa ternampak lembaga hitam berkeliaran di sekitar tandas dan kelas tidak lama sebelum bulan Ramadan bulan lalu.

Sebaik terserempak dengan lembaga hitam berambut panjang itu, Rin menjadi lesu dan terus meracau-racau. Pelajar tingkatan lima itu berkata, badan dan kepalanya juga terasa berat sehingga akhirnya tidak sedarkan diri.

Related Articles:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. PENGHUNI SMK PAYA PULAI A.K.A BLADE says:

    ni la ujian allah… bnyak hkmahnya…koi bnyak tmba pgalaman ats ap y tjdi… byak bnd baru..spe knal ayt manzil…koi dh nk hpal pn hri2 bce… jgn pndg bruk je… cbe pkir pstve… pnh ke korang bce 3-4 kli yassin dlm 1 hri…kes ni pye sal ak pnh wat…2 xke bnd positve tok kte pndg… jin x kne ikt..ap blh wat…kne la bkjar lg ramadan ni… hrap pihak wartwan jgn la wat crita bkan2…koi dh bce sme brte y dkluarkn…

Speak Your Mind

*

*
= 3 + 4

CommentLuv badge