Azwan Ali mengerjakan Umrah di Mekah

Mintak-mintak la dia insaf cepat. Dengan mulut lasernya suka mengata artis lain… Bila dah gi Mekah tu, minta-minta la dia insaf dan berubah menjadi yang lebih baik lagi!

 

Petikan dari sumber blog;

PENGACARA popular, Azwan Ali memang sudah sinonim dengan mulut ‘laser’setiap kali berbicara. Malah dia juga sering dihimpit dengan pelbagaikontroversi yang membuatkan dirinya sentiasa dipandang negatif olehsesetengah pihak.

Bagaimanapun, Azwan yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrahmengakui, dia dapat merasakan perubahan terhadap dirinya dan sebolehmungkin, dia tidak lagi mahu ada pihak yang ingin menyamakan Azwan Aliyang dahulu dan sekarang.

“Alhamdulillah, setelah saya selamat mengerjakan umrah, saya dapatrasakan ada perubahan pada diri saya dan moga-moga ini adalah AzwanAli yang baru.

“Saya juga berharap supaya masyarakat dan juga orang-orang industrihiburan tidak lagi menyamakan Azwan Ali yang dahulu dan sekarang.

“Inya-Allah, saya berharap selepas ini jika masih ada pihak yang inginmemfitnah atau gosipkan saya, saya akan maafkan mereka awal-awal…malah saya akan terima dengan senyuman dan redha sahaja,” kata Azwanketika dihubungi mStar Online.

Kata Azwan lagi, dia amat bersyukur ketika berada di hadapan Kaabah,dia dapat menyebut nama-nama musuhnya dengan jelas dan berulang kali.

“Saya bersyukur sangat apabila nama-nama yang saya anggap musuh saya,iaitu 10 orang wartawan yang pernah saya maki-hamun, saya dapat sebutdengan terang dan jelas berulang kali di hadapan Kaabah.

“Tapi tujuan saya sebut nama mereka bukanlah nak minta Tuhan turunkanbala kepada mereka. Sebaliknya saya minta Tuhan ampunkan dosa saya danjuga dosa mereka.

“Saya pun bukanlah nak bermusuh selama-lamanya, jadi dengan cara inisaya minta Tuhan boleh beri petunjuk kepada kami,” jelasnya.

Ditanya mengenai pengalamannya ketika mengerjakan umrah pada 7September sehingga 24 September lalu, Azwan mengatakan ia adalah satuperjalanan yang mengasyikkan dan satu nikmat yang tidak terhingga buatdirinya.

“Saya telah berada di sana selama 18 hari 16 malam, di mana lima harisaya berada di Madinah dan selebihnya di Kota Mekah.

“Saya merasa nikmat sangat kerana tidak ada berlaku sebarang musibahterhadap diri saya walaupun saya sering dicop dengan pelbagai gosip liar.

“Tetapi apabila saya sampai di sana saya rasa semua yang positifterhadap diri saya dan saya yakin semua itu adalah rezeki dari Allahs.w.t terhadap Azwan Ali,” kata Azwan.

Menurut Azwan juga kejayaannya mengerjakan umrah adalah di atas berkatdoa peminat-peminatnya dan juga rakan-rakan artis yang seringmenyokongnya.

“Saya telah mendapat banyak doa restu dari ribuan peminat saya danjuga rakan-rakan artis yang sentiasa menyokong saya.

“Saya berterima kasih sangat kepada Aznil Hj Nawawi, Fauziah AhmadDaud (Ogy), Amy Search, dan Rosyam Nor kerana banyak menyokong danmendoakan saya.

“Saya tidak sangka walaupun saya dilanda dengan pelbagai kontroversi,tetapi masih ramai yang sayangkan saya,” jelasnya.

Alami kejadian unik semasa umrah

Azwan turut menceritakan pengalaman yang dianggap unik baginya ketika mengerjakan umrah di mana dia telah dikelilingi rama-rama ketikasedang solat berjemaah.

“Di sana saya banyak mengalami kejadian yang unik di mana rama-rama Kaabah terbang keliling saya dan yang paling menyentuh hati saya padapagi Syawal, ketika sedang sembahyang raya dengan para jemaah yang lain, rama-rama tersebut telah hinggap di dahi saya selama satu jam setengah.

“Saya amat tersentuh pada waktu itu dan saya anggap itu adalah nikmatdari Allah s.w.t untuk diri saya.

“Ketika saya bersama rombongan yang lain melawat sebuah bukit yangdiberi nama Bukit Magnet di Madinah juga kami dapat lihat satu lagi nikmat Tuhan yang orang lain tidak dapat lihat.

“Saya jadi kagum, dengan kuasa Allah, bas yang kami naiki tersebutboleh berjalan 140 km sejam tanpa dihidupkan enjinnya.

“Ketika kami berhenti untuk mengambil gambar di sekitar bukittersebut, kami dapat lihat bas yang kami naiki bergerak sendiriseperti ditarik dan ditolak sedangkan tiada sesiapa yangmelakukannya,” jelas Azwan yang menganggap semua itu adalah keajaibankuasa Allah s.w.t.

Pengalaman mendebarkan di Masjid Nabawi

Selain mengalami kejadian unik, Azwan turut mengalami kejadian yang mendebarkan dan menginsafkan dirinya ketika berada di Masjid Nabawi,Madinah.

“Ketika berada di Masjib Nabawi, saya bersama dua orang lagi rakaningin mengerjakan solat Zohor di satu kawasan yang bernama Raudhah dimasjid ini.

“Raudhah merupakan satu kawasan yang sempit di mana ramai jemaah lainberebut-rebut untuk mengerjakan solat di kawasan ini.

“Pada ketika itulah saya mengalami satu pengalaman yang mendebarkan di mana saya terlah terpisah dengan dua orang rakan saya dan sayatersepit dan dihimpit oleh para jemaah yang lain.

“Saya telah dihimpit oleh jemaah yang badannya lebih besar dari sayadan ketika itu saya hanya fikirkan ajal sahaja.

“Selama 10 minit saya bertolak-tolak dalam rempuhan itu dan saya hanya tawakal sahaja, akhirnya saya selamat dan berjaya mengerjakan solat Zohor di Raudhah.

“Pengalaman itu banyak menginsafkan saya bahawa ajal boleh berlaku dimana sahaja dan biarpun saya berjaya selamat tetapi saya tahu itu adalah satu dugaan dari Tuhan,” kata Azwan ketika menceritakan pengalamannya.

Azwan yang kini pastinya gembira setelah selamat mengerjakan umrah juga tidak sabar untuk menyaksikan telemovie muzikal komediterbitannya ‘Cak Cak Raya 2009, Dodol Si Dol Dol’ yang akan disiarkanpada 27 September ini pada jam 9 malam di saluran Astro Ria.

“Kepada peminat-peminat saya, boleh menyaksikan rancangan ‘Cak CakRaya 2009, Dodol Si Dol Dol’ pada 27 September ini dan rancangan inisebenarnya satu hadiah buat saya selepas mengerjakan umrah.

“Kebiasaannya, ranacngan saya akan ditayangkan pada awal raya, tetapikali ini menjadi penutup pula, jadi saya anggap ia macam satu bonusbagi saya.

“Saya harap ratingnya akan tetap tinggi dan ketika di sana (umrah)saya juga banyak berdoa agar rating rancangan saya sentiasa tinggi,” katanya mengakhiri perbualan.

Related Articles:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. harizzz says:

    buleh cayo koni,
    susoh ambo nok cayo..

  2. Jibone says:

    “Azwan Ali mengerjakan Umrah di Mekah” kat mana lagi boleh kita mengerjakan Umrah kalau tak kat Mekah?

  3. Tuah says:

    hmmm… klo lepas nih laser gk x taw la nak cakap ap…

  4. daisymona says:

    moga2 insafla dia nie.. kan..??

  5. fiona says:

    no comment!

  6. lovemelawoiii83 says:

    kesian ko azwan… pg x bwk cameraman…. hahahaha… sendirik pose sndirik snap..

Speak Your Mind

*

*
= 5 + 7

CommentLuv badge