Impian beliau untuk menjadi penari professional, tetapi lebih menyerlah di dalam bidang lakonan. Siapa yang tidak kenal dengan Sabrina Ali Dad Khan. Bermula dengan hanya menemani mama ke lokasi, lama kelamaan mula jatuh cinta dengan dunia lakonan. Mempunyai talian persaudaraan dengan Datuk Yusof Haslam di mana mama Sabrina adalah adik kepada Datuk Yusof Haslam, maka di perlu menjaga nama baikknya di arena seni ini agak tidak terjebak dalam gossip liar media.
Walaupun anak bongsu dalam adik beradiknya, tetapi Sabrina Ali Dad Khan adalah seorang yang sangat berdikari dalam membuat keputusan dan pencapaiannya. Banyak benda yang tidak pasti dalam bidang lakonan, diajukan terus kepada pakcik Yusofnya itu. Kerjaya seninya yang bermula GBSB (Grand Brilliance Sdn Bhd) menerusi drama Lady Anne dengan memegang watak utama membuatkannya mula dikenali ramai.
Beliau kini yang sudah berkahwin dengan Sharin dan mempunyai satu cahaya mata yakni Ariyana (2 tahun) membuatkan beliau sedikit sibuk dengan aktiviti sebagai isteri sekaligus membuatkannya terhindar daripada cerita yang tidak baik. Pada pertengahan bulan ini Sabrina akan ke Jakarta menjalani penggambaran drama bersiri Kau dan Aku. Selama dua minggu di sana, dia ditemani Shahrin dan Ariyana. Beliau yang masih mencintai bidang tarian, diberi watak sebagai guru tari dalam drama itu. Malah dalam kebanyakan drama lakonannya yang lain termasuk dalam pementasan teater Tun Mamat & Mimpi Tuanku di Panggung Negara Kuala Lumpur, baru-baru ini, dia juga menari. Kemunculannya dalam teater karya Datuk Noordin Hassan, Mana Setanggi, yang dipentaskan di Istana Budaya, tempoh hari pun dia menari.
Jom kenali biodata beliau dengan lebih rapat

| Full Name : | Sabrina Binti Ali Dad Khan | ||
| Place of birth : | Kuala Lumpur | ||
| Race : | Melayu | ||
| Language : | Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu | ||
| Carrier : | Pelakon | ||
| Skill : | Berlakon | ||
Recent Comments