Berita ini baru kami terima di mana pada hari ini sahaja sudah 8 orang lagi korban terbaru H1N1. Penyakit selsema babi ini makin makin serius dan menular dalam negara kita. Virus H1N1 (swine flu @ selsema babi) ini dikatakan mula menjadi serius apabila kadar kematian di negara ini makin meningkat.
Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai mask penutup muka serta mengelakkan berkumpul di tempat sesak. Jika anda terasa kurang sihat, selsema, batuk-batuk dan sukar untuk bernafas, anda dinasihatkan untuk terus berjumpa doktor dalam masa terdekat untuk membuat pengesahan serta check agar ujian saringan H1N1 dapat dijalankan dengan kadar yang segera.
Recent Comments