Kesian juga bila dikenang-kenangkan nasib 3 siti ni, Siti Nursaidah (Saida), Siti Saerah (Saerah) dan juga Siti Nurhaliza apabila mereka akan beraya tanpa kehadiran ayah tercinta mereka. Tentu diorang rindu sangat dengan ayahanda mereka sebab mereka boleh dikatakan rapat dengan arwahyarham.
Ibu mereka juga amat merasai kehilangan suami di kala menjelang raya. Jelas Saerah, “Kami tahu di masa-masa ini, ibu lebih terasa ketiadaan arwah. Awal bulan puasa hari tu, nampak sangat perubahan emosi ibu. Tapi terubat sikit bila anak-anak ada di sampingnya. Jadi kami pun bergilir balik untuk temankannya.”
Rutin di pagi Raya, mereka akan bersalaman selepas sembahyang raya, sebelum ke kubur datuk, nenek dan ayah. Setelah itu, baru dihabiskan masa melawat saudara-mara. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, Saida menjangkakan kehadiran ramai peminat ke rumah.
“Kami takde tetapkan satu hari sebagai rumah terbuka. Rumah kami sentiasa terbuka untuk kunjungan peminat. Siapa yang datang, kita sambut,” katanya.



Recent Comments