Otak Micheal Jackson dipulangkan

LOS ANGELES: Sejak kematian Micheal Jackson (raja pop dunia) pada 25hb Jun2009, otaknya dikeluarkan dan dijaga serta diselidiki oleh sekumpulan doktor untuk proses ujian toksilogi. Kemudian pada waktu terdekat yang lepas, otak tersebut telahpun diserahkan kembali kepada keluarganya setelah semua ujian toksilogi siap dijalankan, dalam erti kata lain sempurnalah satu badan dan otak Micheal Jackson.

Difahamkan dari sumber yang boleh dipercaya, mayat arwah Micheal Jackson menjalani tiga bedah siasat termasuklah satu proses bedah siasat yang dilakukan oleh doktor swasta yang diupah khas oleh keluarganya. Sebelum ini, pegawai koroner dan patologi peribadi keluarga Micheal Jackson itu  berkata, punca beliau meninggal dunia adalah kerana mengambil dadah berlebihan pada 25 Jun lalu tetapi sebenarnya hingga kini masih belum memutuskan punca sebenar kematiannya.

Menurut sumber lagi (pengurus mayat – Tanah Perkuburan Forest Lawn) , mayat arwah Micheal Jackson telahpun diuruskan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Forest Lawn di Hollywood Hills di sebuah kubur tanpa tanda. Ini kerana keluarga Micheal Jackson bimbang kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang berminat untuk mencuri atau merosakkan mayat Micheal Jackson.
Langkah untuk tidak menandakan kuburnya diambil selepas keluarganya bimbang kemungkinan ada pihak akan merosakkan kuburnya atau mencuri mayatnya. Itu jugalah antara sebab utama kenapa keluarga Micheal Jackson membatalkan hasrat mengebumikan mayatnya di Neverland. – Agensi

Related Articles:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

*
= 5 + 3

CommentLuv badge