Kereta solar jadi tumpuan

KUALA LUMPUR: Prototaip kenderaan hibrid dan kereta solar menjadi antara tarikan pengunjung ke Hari Terbuka GLC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Tinjauan Harian Metro semalam, mendapati orang ramai mengambil peluang melihat dan mendapatkan maklumat mengenai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk produk serta perkhidmatan mereka.
Selain pameran, orang ramai boleh memenangi hadiah menarik menerusi pertandingan disediakan beberapa syarikat selain mendapat maklumat mengenai peluang pekerjaan dan perniagaan ditawarkan.

Golongan pelajar dan murid sekolah turut mengunjungi beberapa gerai pameran yang menyediakan pelbagai kemudahan khusus untuk pembelajaran.
Pengunjung dari Scotland, Edwin Ritchie, 68, berkata, dia tertarik dengan kereta solar dihasilkan Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
Saya kagum kerana kereta dihasilkan mampu menyimpan tenaga solar dan bergerak lebih lama. Di negara saya, universiti tempatan hanya membina kereta solar saiz lebih kecil kerana keadaan cuaca berbeza, katanya.

Menurutnya, kunjungan ke hari terbuka itu untuk melihat produk dan perkhidmatan disediakan syarikat korporat selain mendapat maklumat mengenai GLC.
Ia satu pengalaman menarik, orang ramai boleh mendapat pelbagai maklumat dan mengetahui peranan syarikat korporat terutama tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan, katanya.

Penerima bantuan Yayasan Sejahtera, Norfaizah Saharuddin, 30, berkata, dia meraih pendapatan lumayan menerusi penjualan karipap mini diusahakannya sejak 2009.
Alhamdulillah sejak mendapat bantuan daripada Yayasan Sejahtera, pendapatan keluarga saya bertambah baik malah di musim perayaan, tempahan yang diterima amat banyak, katanya yang mengusahakan karipap mini di Kampung Melati, Maran, Pahang.

Sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keretasolarjaditumpuan/Article/index_html

Related Articles:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

*
= 5 + 8

CommentLuv badge