CCTV berjaya rakam aksi kelibat si perogol

Sebuah CCTV pihak berkuasa tempatan di London berjaya merakam aksi kelibat si perogol ketika mana dia senang menarik mangsanya seorang gadis di sebatang jalan raya dekat stesen kereta api King’s Cross, London.

Menurut Kosmo Online,

LONDON – Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa tempatan menunjukkan seorang perogol mengheret seorang gadis untuk dijadikan mangsanya di sebatang jalan raya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa itu yang merupakan seorang gadis berusia 18 tahun keluar bersama beberapa rakannya berhampiran stesen kereta api bawah tanah, King’s Cross apabila dia diarah mengikuti lelaki itu sebelum diseret di jalan tersebut.

Gadis itu kemudian ditolak ke bahu jalan dan dipaksa berbaring di lantai simen.

Bagaimanapun, seorang pejalan kaki terdengar jeritannya dan memberikan bantuan kepada mangsa.

Suspek, Samson Bello, 23, mengaku melakukan serangan seks terhadap dua wanita lain beberapa jam selepas dia cuba merogol gadis tersebut.

Lelaki itu yang menghidap sakit jiwa dijatuhkan hukuman di Mahkamah Diraja Southwark pada Isnin lepas dan akan ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental.

Polis berjaya memburu Samson berdasarkan imej rangkaian kamera CCTV ketika dia pulang ke rumahnya dengan menaiki dua buah bas.

Hasil maklumat orang ramai, polis menangkap lelaki itu yang merupakan seorang warga Nigeria ketika dia keluar dari rumahnya. – Agensi

Related Articles:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

*
= 3 + 2

CommentLuv badge