Bidang perniagaan online “URL-shortening” merupakan satu market dan bidang yang sangat mengkagumkan di mana ia mempunyai peluang serta potensinya yang tersendiri. Sebagai contohnya kegilaan terbaru ramai yakni bit.ly (terutamanya selepas Twitter memutuskan supaya menjadikaannya default URL shortener) tetapi bit.ly masih lagi mencari potensi bagaimana untuk mendapatkan keuntungan dari servicenya itu untuk masa hadapan.
Berdasarkan model perniagaan yang tidak menjadikan duit sebagai landasan utama mereka, maka konsep tersebutlah yang membuatkan mereka kurang mendapat peratusan revenue yang tinggi. Ini boleh memberikan impak yang besar di masa akan datang yang mana boleh mengakibatkan service mereka ditutup terus jika perkara ini berterusan.
Langkah yang bijak yang boleh dibuat setakat ini adalah menjadikannya sebagai perkhidmatan berbayar dan dari situlah ia boleh membuahkan hasil di mana penggunaan serta permintaannya masih tinggi setakat ini. Diharap pada masa hadapan akan muncul lagi beberapa model perniagaan yang sama yang boleh menjana pendapatan yang lebih lumayan terhadap pemiliknya.
p/s: apa yang terjadi pada link anda jika salah satu sevice provider ini shut-down? renung-renungkan dan selamat beramal!
Recent Comments