Akhirnya Datuk Nicol Ann David tersingkir

Begitulah nasib yang diterima oleh Datuk Nicol Ann David apabila beliau akhirnya tersingkir di Kejohanan Skuasy Terbuka British 2009 di Manchester, kelmarin. Dalam pertembungan sengit yang berlarutan selama sejam 16 minit itu, ratu skuasy negara dari Pulau Pinang itu pada mulanya mendahului 11-6 dan 14-12, namun Madeline bangkit untuk memenangi tiga set berikutnya 15-13, 11-5 dan 11-9.

Menurut Kosmo;

DUA pemain skuasy harapan negara, Datuk Nicol Ann David dan Mohd. Azlan Iskandar tersingkir daripada Kejohanan Skuasy Terbuka British 2009 di Manchester, kelmarin.

Harapan Malaysia musnah selepas pemain No. 1 dunia, Nicol tumpas kepada pemain Ireland, Madeline Perry di peringkat suku akhir.

Dalam pertembungan sengit yang berlarutan selama sejam 16 minit itu, ratu skuasy negara dari Pulau Pinang itu pada mulanya mendahului 11-6 dan 14-12, namun Madeline bangkit untuk memenangi tiga set berikutnya 15-13, 11-5 dan 11-9.

Ia merupakan kali pertama Madeline menumpaskan Nicol, 25, sepanjang pertemuan mereka.

Madeline, pilihan kelima kejohanan akan bertemu pemain England, Alison Waters dalam perlawanan separuh akhir.

Terdahulu Alison menumpaskan pemain Australia Donna Urquhart 6-11, 11-5, 11-3 dan 11-7 dalam masa 31 minit.

Mohd. Azlan pula tumpas kepada pemain tuan rumah, James Willstrop dengan straight set 11-5, 11-6 dan 12-10 dalam masa 47 minit.

Dalam perlawanan pusingan ketiga sehari sebelumnya, Mohd. Azlan mara ke peringkat suku akhir selepas menumpaskan naib juara Terbuka British dua kali yang juga pilihan ketujuh, Thierry Lincou dari Perancis 11-13, 11-4, 5-11, 14-12 dan 11-5.

Willstrop pula mara ke perlawanan suku akhir selepas pemain pilihan pertama, Karim Darwis dari Mesir menarik diri selepas mengalami kecederaan buku lali.

Related Articles:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

*
= 4 + 2

CommentLuv badge