Besor gile ikan keli ni!

Ikan Keli Terbesar

Ikan Keli Terbesar

LONDON: Ikan gergasi ini membolehkan seorang pemancing warga Britain mencatatkan rekod baru.
Ikan itu, yang ditangkap oleh Chris Grimmer adalah ikan keli albino paling besar pernah ditangkap oleh seorang pemancing.

Ikan sepanjang 2.44 meter itu dan seberat 88 kilogram adalah satu kilogram lebih berat daripada yang ditangkap oleh wanita buta, Shelia Penfold, tahun lalu.

Chris, 35, menghabiskan masa 30 minit untuk cuba menaikkan ikan keliberkenaan selepas ia memakan umpannya.

Pemancing berasal dari Sheffield itu meraikan kejayaannya mencatatkan rekod baru itu dengan mengadakan jamuan bersama rakannya di tebing Sungai Ebro, berhampiran Barcelona, Sepanyol.

Ikan itu sungguh besar hingga menyebabkan batang pancing Chris bengkok dua apabila haiwan itu memakan umpan palet ikan halibut.

Suasana menjadi riuh di tebing sungai dengan orang ramai bersorak dan bertepuk tangan ketika dia menaikkan ikan berkenaan.

Sheila Penfold dari Wandsworth, selatan London, menangkap ikan keli albino seberat 86 kilogram pada Oktober tahun lalu.

Ikan keli terbesar pernah ditangkap di dunia ialah seberat 292 kilogram, Ikan Gergasi Mekong, yang ditangkap di Thailand pada 2005. – DM

Kongsi bra dengan boypren, romantik kan?

Tahukah anda, bra awekz anda boleh dijadikan penapis udara? Dan yang paling menariknya boleh dikongsi bersama! Barulah romantik der.. Tapi itu hanya kalau awek korang pakai bra jenis Emergency Bra la. :D

Dr. Elena Bodnar, inventor of the Emergency Bra, demonstrates how to deploy it on a suitably docile theoretical physicist. Recorded March 11 2010 at the Martin Wood Lecture Theatre, Oxford University during the IgNobel UK Tour 2010.

Steve Job le nih jual tea untuk tampung sara hidup

Hehehe…. apo da punya iklan dari Taiwan neh. Steve Jobs impersonator (meniru gaya) menjual tea. Gaya pengiklanan ini melakonkan semula seperti mana Steve sedang melancarkan iPadnya tetapi memegang tea Taiwan tersebut.

Bila mangsa buli membuli si pembuli

Haa..berbelit tak lidah korang baca topik ari ni? Gue paling tak suka pada si pembuli. Ape ke helnye yop suke beno buli orang neh? Kang lekuk paler tu baru tau… Cuba tengok video di bawah ni, dah la si pembuli tu kecik je badannya, ada hati nak buli budak gemok… nah! amik makan kao… sedap tak?

Japang soccer kid! Gaya ala maradona tak?

Kalau korang tengok video budak kecik ni main bola, memang syiok abis dia menggelecek. ada gaya maradona (hond of God) tak? Boleh tu 7 orang gelecek ngan dia sorang je.. Kalau la ada anak kita dilatih seperti ini dan dapat menten kualiti camni sampai besor, mau 9-0 rembat Arsengal.. iye idak? Hehehe

Gara-gara taknak dengar cakap, bini teruk dibelasah suami

Ini kes gara-gara dikatakan tidak mendengar kata suami (kira kes menderhaka la ni..), seorang isteri teruk dibelasah di hadapan orang ramai di kawasan public. Kes ini berlaku di China, korang jangan bimbang, jenis “taun” camni lambat merebak ke Mesia kecuali orang tu ilang akal…

Ingat pesan nabi, lelaki yang pukul isteri tu DAYUS… dengor tu DAYUS. jadi korang jangan pula jadikan kes ini sebagai kes rujukan korang plak. Kang ada plak yang nak menyaman isumalaysia…. Ape ape hal, layan gambo di bawah… dengan penuh EMOSI!

Google+ Saingan Baru Facebook

Google akhirnya telah melancarkan projek yang sudah setahun dirancangnya iaitu Google+ yang akan menjadikan fungsi enjin pencarian ini sebagai suatu sistem network sosial yang besar. Google+ kini cuma terbuka kepada beberapa kelompok kecil untuk tujuan ujikaji terlebih dahulu namun penggune Google.com sudah mula boleh nampak perbezaan dari segi reka bentuk Google yang baru iaitu menu putih sebelum ini menjadi hitam.

Pada asasnya Google+ adalah sebuah sistem network sosial dan antara ciri utamanya adalah “the Stream” yang serupa dengan “Facebook News Feed” yang biasa digunakan pengguna Facebook. Ia membolehkan pengguna Google+ berkongsi gambar, video, pautan dan lokasi kepada rakan2 Google+.

Namun bermula dari itu, Google+ sudah berbeza daripa Facebook dimana tujuan Facebook adalah berkongsi dengan rakan2 Facebook namun Google+ akan menjadikan perkongsian bertujuan untuk sekelompok orang yang memiliki minat yang sama yang dinamakan sistem “Circles”.

Peneraju projek sosial Google, Vic Gundotra mengatakan bahawa kebanyakan sosial network (contohnya: Facebook, Twitter) tidak begitu berkesan dengan menggunakan senarai rakan kerana ia direka sebagai produk sampingan atau tambahan, berbanding sebagai produk yang bisa diadapatasi ke semua peringkat.

Google+ Circles bertujuan untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan keupayaan HTML5 yang membolehkan pengguna menarik dan meletak rakan2 ke dalam kumpulan sosial yang berbeza seperti rakan, sahabat, keluarga dan kumpulan target tentu.

Pengguna boleh mengeluar dan meletakkan rakan mereka sesuka hati dengan efek menarik kepulan asap dan -1 akan terhasil ketika mengeluarkan seseorang.

Sebagai komklusi, Google+ adalah jawapan Google untuk mengatasi Facebook sebagai sosial network yang lebih utama tatkala ujian sebelum ini dengan Google Buzz tidak berhasil. Samada Google+ bisa mengalahkan Facebook ataupun tidak bergantung kepada anda.

Sebagai pengguna Facebook adakah anda bisa bertukar kepada Google+?

Berikan pendapat anda di bawah.

Amaran Federer buat pencabar

LONDON – Roger Federer melaungkan amaran kepada Novak Djokovic dan Andy Murray.

Pemain Switzerland itu berkata, kedua-dua pemain tersebut perlu bekerja lebih keras sekiranya mahu menghalang dia atau Rafael Nadal daripada menambah gelaran juara pada Kejohanan Tenis Wimbledon.

Juara Terbuka Australia, Djokovic bermula dengan baik dalam misi untuk memenangi gelaran Wimbledon buat kali pertama manakala prestasi cemerlang Murray telah membuatkan ramai pihak meramalkan dia mampu menamatkan kemarau kejayaan Britain selama 75 tahun.

Begitupun, Federer juga turut dilihat berada dalam landasan terbaik untuk mencatat rekod tujuh gelaran Wimbledon selepas mara ke suku akhir dengan kemenangan 6-7 (5/7), 6-3, 6-3, 6-3 ke atas Mikhail Youzhny kelmarin.

Juara Grand Slam 16 kali itu akan berdepan pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga di suku akhir dan bakal bertemu Djokovic di separuh akhir nanti.

Satu lagi undian pula menyaksikan juara bertahan, Nadal yang menang empat set ke atas pemain Argentina, Juan Martin del Potro di pusingan keempat, bakal berdepan Murray di separuh akhir.

Bagi Federer yang memburu kejuaraan Grand Slam pertama sejak kejayaan di Terbuka Australia 2010, dia percaya masih terlalu awal untuk meramalkan dominasinya dan Nadal akan digantikan oleh dua muka baru, Djokovic dan Murray.

“Kita kena tunggu dan lihat apa yang akan terjadi selepas ini kerana ia mungkin akan berlaku seperti ramalan final Terbuka Australia iaitu antara Djokovic dan Murray, yang mana ia tidak berlaku,” kata Federer.

“Andai ramalan itu benar-benar berlaku, maka ramalan saya adalah tepat.

“Walaupun saya tidak peduli sama ada ianya betul atau salah. Saya tahu setakat mana kemampuan saya. Saya juga tahu setakat mana kehebatan Nadal.”

Mengenai lawannya selepas ini iaitu pilihan ke-12, Tsonga, Federer berkata: “Dia seorang pemain yang hebat. Dia telah buktikan dalam beberapa kejohanan dan pertemuan kami akan menjadi satu aksi yang menarik.

“Dia seorang lelaki yang mana saya ramal akan menyerlah pada suatu ketika. Ianya benar-benar berlaku, jadi pertembungan kami nanti akan menjadi sengit.

“Ia satu undian yang sukar tetapi saya sudah bersedia.” – AFP

kredit : kosmo.com.my

Eksekutif bank curi RM59.4 juta

GARY FOSTER didakwa membeli sebuah rumah mewah di Englewood Cliffs, New Jersey. QUEENS – Seorang bekas eksekutif kumpulan perbankan Citigroup, Gary Foster didapati menggelapkan wang sebanyak AS$19.5 juta (RM59.4 juta) dalam tempoh 18 bulan dan menggunakan wang itu untuk membeli sebuah banglo berharga AS$3 juta (RM9.1 juta), membayar AS$1.93 juta (RM5.8 juta) untuk sebuah apartmen dan beberapa kereta mewah.

Sebuah akhbar melaporkan Foster, 35, turut didakwa menggaji seorang pemandu untuk memandu kereta Maserati GranTurismo dan sebuah BMW 550i miliknya selain telah menempah sebuah kereta Ferrari apabila dia ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Ahad lalu.

Sumber-sumber berkata, Foster ditahan semasa dia turun dari sebuah pesawat dari Bangkok di Lapangan Terbang Kennedy, New York

“Defendan menggunakan pengetahuannya tentang operasi Citigroup untuk menggelapkan wang dari dalam bank,” kata seorang pendakwa raya, Loretta Lynch semasa mengumumkan dakwaan menipu terhadap Foster yang berkhidmat dengan Citigroup selama 12 tahun sebelum dia meletak jawatan pada Januari lalu.

Foster memperoleh pendapatan AS$100,000 (RM304,700) setahun sebagai pembantu naib presiden di sebuah pejabat perbendaharaan dan kewangan Citigroup di sini yang menguruskan pelaburan bank tersebut.

Pihak berkuasa bagaimanapun mendakwa mulai Mei 2009 hingga Disember tahun lalu, Foster memindahkan AS$19.2 juta daripada beberapa akaun dalaman Citigroup ke dalam akaun peribadinya di bank Chase.

Dia didakwa cuba menutup penipuan itu dengan mewujudkan kontrak pelaburan palsu supaya pemindahan wang itu dilihat tidak melanggar peraturan syarikat. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Hacker Remaja Diikat Jamin

RYAN CLEARY bersama ibunya keluar dari Mahkamah Mahkota Southwark Crown Court, Britain semalam. WICKFORD – Seorang penggodam yang didakwa menggodam sistem komputer Agensi Jenayah Terancang Serius Britain (Soca) pulang ke rumahnya semalam selepas ibunya berjanji tidak akan membenarkan dia melayari Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Penggodam tersebut, Ryan Cleary, yang didakwa orang penting dalam kumpulan penggodam antarabangsa, LulzSec, bertemu semula dengan ibunya, Rita selepas dia dibenarkan ikat jamin oleh hakim sebuah mahkamah setelah tujuh hari ditahan reman polis.

Remaja berusia 19 tahun yang gemar menyendiri itu ditangkap dalam operasi bersama polis Britain dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di rumah ibunya di sini, England pada Isnin lalu kerana disyaki mensabotaj beberapa organisasi kerajaan termasuk Soca.

“Saya berasa amat lega kerana dapat membawa anak saya pulang. Sepanjang tujuh hari dia ditahan, ia merupakan hari paling panjang dalam hidup kami,” kata Rita.

“Dia memberitahu saya bahawa dia mungkin gila berada dalam tahanan,” tambahnya.

Cleary yang diperintahkan memakai penanda elektronik, berdepan lima dakwaan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Jenayah Britain.

Kumpulan LulzSec pula dikaitkan dengan serangan siber ke atas beberapa laman web termasuk Perkhidmatan Kesihatan Britain (NHS), Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan syarikat permainan komputer Sony serta Nintendo.

- Agensi

kredit : kosmo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...