Thursday, September 9, 2010

Rakam gambar aksi jiran tengah mandi

January 15, 2010 by Admin  
Filed under Berita Tempatan

Kalau dah kemaruk seks, camni la jadinya. Sanggup rakam gambar aksi jirannya sendiri yang sedang mandi bogel dengan menggunakan telefon bimbit. Walaupun perempuan tersebut telah menjerit apabila menyedari aksi mandinya dirakam, tetapi lelaki tersebut buat donno jerk! Tegar betul!

KUALA LUMPUR: Hobi jijik seorang lelaki yang suka merakam gambar jirannya mandi akhirnya terbongkar apabila perbuatan itu disedari mangsa sebelum dia berjaya merampas telefon bimbit berkenaan ketika berada di bilik air rumahnya di sebuah flet di Jalan Pandan Indah, di sini, kelmarin.

Malah, lelaki itu yang takut selepas telefon bimbitnya dirampas sanggup menunggu di depan pintu rumah mangsa kerana mahukan kembali telefonnya itu.

Bagaimanapun, mangsa bertindak bijak menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikatakan mahu mandi sebelum dia terdengar bunyi pelik dari cermin di bilik air rumahnya.

“Mangsa cuba meninjau dan terkejut apabila melihat ada seseorang di luar rumah sedang memegang telefon bimbit berkamera sambil merakam gambarnya.

“Walaupun mangsa menjerit namun lelaki terbabit tetap merakam aksi mangsa yang ketika itu sedang bersiap untuk mandi tanpa perasaan takut,” katanya.

Mangsa yang geram dengan perbuatan itu kemudian bertindak berani apabila terus merampas telefon bimbit milik lelaki itu.

Sumber itu berkata, mendengar kekecohan itu, rakan serumah mangsa kemudian membuka pintu dan meninjau di luar rumah sebelum terlihat seorang lelaki tergesa-gesa lari dengan menutup mukanya menggunakan baju.

“Lelaki terbabit cuba masuk ke rumah mangsa tetapi gagal apabila rakan mangsa bertindak menutup pintu.

“Namun, lelaki berkenaan terus menunggu di luar rumah dan merayu supaya telefon bimbitnya dipulangkan bagaimanapun mangsa dan rakannya menghubungi polis kerana bimbang berlaku perkara buruk,” katanya.

Sejurus menerima panggilan sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian namun lelaki terbabit sudah melarikan diri.

Comments

One Response to “Rakam gambar aksi jiran tengah mandi”
  1. wter08 says:

    huhu x ptut tul….
    ape2 pun 1st hahaha

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!