Thursday, September 9, 2010

Skandal antara Fahrin dan Scha, ape cer?

January 4, 2010 by Admin  
Filed under Gosip Hiburan

Lama dah kan kita tak dengar cerita pasal skandal percintaan Fahrin dan Scha ni kan? Tapi pernah ke kita mengkaji secara teliti tentang keserasian mereka berdua ni? Sejauh manakah keserasian Fahrin dan Scha?

Mari kita tengok bagaimana keserasian antara pasangan sensasi Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya melalui numerology dan kajian sikap.

Fahrin dilahirkan pada 09.05.1979 merupakan individu yang diwakili oleh elemen Kayu, bernombor akar 4.  Individu ini merupakan seorang yang sukakan ilmu, seorang yang kreatif dan seorang pendengar yang bagus, juga penasihat yang baik.  Fahrin, individu yang memiliki nombor cermin (6) iaitu nombor sayap di kiri dan kanannya sama.

Individu yang memiliki nombor ini biasanya popular samada sebagai penyanyi atau pelakon.  156 – nombor ini pula menunjukkan rezeki Fahrin banyak daripada kerja luar daerah.  966 – seorang yang memiliki minda usahawan, 933 – kejayaan jangka pendek (cepat meraih kejayaan).


Scha pula dilahirkan pada 30.05.1983 adalah seorang individu yang diwakili oleh elemen Air, bernombor akar 2.  Seorang komunikator, memiliki kekuatan suara dan rezeki di bidang suara.  Berhati lembut walaupun pada luarannya keras dan degil.

Sangat suka bercakap dan ini ditunjukkan melalui gabungan nombor 123 yang berulang sebanyak 2 kali.  Pola 56 yang dimiliki aktress ini menunjukkan beliau sangat berhati-hati dengan wang.  Scha merupakan seorang yang sangat sayangkan keluarga.

Jika diamati pola kedua-dua individu ini mengikut kajian numerology, mereka boleh dikatakan agak serasi, di mana Scha suka bercakap dan Fahrin suka mendengar.  Kerjaya mereka sebagai artis memerlukan mereka selalu keluar daerah.  Kedua-dua individu ini memiliki potensi untuk menjadi usahawan.  Mereka juga memiliki terlalu banyak idea sehingga adakalanya tidak dapat direalisasikan.

Walaubagaimanapun, Fahrin merupakan seorang individu yang  cerewet, sikap memiliki yang kuat seolah-olah mengongkong (domestik).  Sikap ini agak konservatif dan kurang sesuai bagi wanita yang seperti Scha.  Manakala Scha pula merupakan seorang individu yang aktif dan sukakan kebebasan (outgoing).  Sangat peramah, pandai menarik perhatian, ceria namun agak panas sedikit orangnya.

Fahrin seorang yang suka memberi pandangan namun Scha pula suka menentang pandangan yang diberikan oleh Fahrin.  Perbezaan inilah yang menyebabkan mereka kurang serasi jika bersama.  Namun ia bukanlah satu masalah besar dan jika ada keinginan yang kuat diantara mereka pasti semua kelemahan ini akan dapat mereka atasi dengan mudah.

Ilmu Numerology ini hanyalah digunakan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian.  Ia merupakan kajian sikap melalui ilmu psikologi.  Rata-ratanya ia membantu mengenali sikap dan peribadi seseorang dengan lebih teliti.  Ia bukanlah ilmu ramalan.

Untuk memperlajari ilmu numerology ini secara percuma, anda dijemput untuk menghadiri Preview Percuma Evolusi Minda.  Di Preview tersebut bukan hanya ada ilmu numerology tetapi kami juga berkongsi ilmu warna dan ilmu minda bersama anda.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana ilmu yang kami kongsikan di Preview Evolusi Minda ini benar-benar PERCUMA.  Datanglah beramai-ramai untuk melihat dan mengalaminya sendiri.  Ramai yang telah hadir, peluang sebegini tidak harus dilepaskan begitu sahaja.





Hadirlah ke Preview Percuma Evolusi Minda dan alami pengalaman yang tidak dapat anda lupakan. Tarikh dan masa kelas terdapat di borang.  Anda hanya perlu isi borang di bawah untuk pengesahan tempat.  Jangan lupa bawa pen dan kertas!

Borang Daftar Kelas Numerology PERCUMA & Preview EM
Wajib diisi *
1. Nama: *

2. No tel: (yang mudah hubungi) *

3. Emel: *

4. Tarikh dan Masa kelas yang ingin di hadiri: *

  • 8 Jan 2010 (Jumaat) 8.30mlm-10.45mlm
  • 9 Jan 2010 (Sabtu) 8.30mlm-10.45mlm
  • 10hb Jan 2010 (Ahad) 8.30mlm-10.45mlm
  • 16hb Jan 2010 (Sabtu) 8.30mlm-10.45mlm
  • 17hb Jan 2010 (Ahad) 8.30mlm-10.45mlm
  • 22hb Jan 2010 (Jumaat) 8.30mlm-10.45mlm
  • 23hb Jan 2010 (Sabtu) 8.30mlm-10.45mlm
  • 24hb Jan 2010 (Ahad) 8.30mlm-10.45mlm
  • 31hb Jan 2010 (Ahad) 8.30mlm-10.45mlm
  • 5hb Feb 2010 (Jumaat) 8.30mlm-10.45mlm
  • 6hb Feb 2010 (Sabtu) 8.30mlm-10.45mlm
  • 7hb Feb 2010 (Ahad) 8.30mlm-10.45mlm
5. Jangkaan bilangan yg. ingin hadiri bersama anda: *

  • Hanya saya seorang
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!