Saturday, September 11, 2010

Isu pijak kepala lembu

September 10, 2009 by Admin  
Filed under Berita Tempatan, Perihal Politik

Apa mereka rasa? Tiada rasa malu ka?

Petikan Kosmo Online:

SHAH ALAM – Seramai 12 penunjuk perasaan mengaku tidak bersalah menyertai perhimpunan haram termasuk enam daripada mereka yang dituduh menghasut berhubung insiden mengarak kepala lembu di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini pada 28 Ogos lalu.

Kesemua mereka dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram pada pukul 2.25 petang 28 Ogos lalu di hadapan bangunan SSAAS. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967.

Mereka ialah Mohd. Azmir Mohd. Zain, 35; Jainudin@ Zainudin Md. Yusuff, 67; Mohd. Jurit Ramli, 39; Mohammad Nordin Zakaria, 46; Ibrahim Sabri, 42; Jamil Mohamad Isa, 40; Rahimuddin Md. Harun, 39; Ahmad Mahayuddin Abd. Manaf, 36; Azhari Shaari, 39; Ahmad Suhairi Zakaria, 30; Mohd. Hilmi Ni, 40; dan Eyzva Ezhar Ramly, 31.

Majistret Norkamilah Aziz mengarahkan kesemua mereka kecuali enam yang telah dituduh di Mahkamah Sesyen di bawah Akta Hasutan 1948 sebelum itu membayar wang jaminan sebanyak RM500 dengan seorang penjamin.

Selebihnya dikenakan wang jaminan berjumlah RM300 dengan seorang penjamin berikutan telah diarahkan membayar wang jaminan bagi tuduhan di bawah Akta Hasutan sebanyak RM4,000.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen di sini, enam daripada penunjuk perasaan terbabit termasuk Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Seksyen 23 Ahmad Mahayuddin dan timbalannya, Ibrahim didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana dituduh membawa dan memijak kepala lembu.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!