Friday, September 3, 2010

Siti Zainab Chia – Artis Facebook!

September 9, 2009 by Admin  
Filed under Gosip Hiburan

Itulah yang dikatakan tuah badan. Jangan sangka walaupun asyik berfacebook je, tetapi ia boleh mendatangkan peluang yang menarik. Siapa sangka yang Siti Zainab ni dari facebook je boleh jadi pelakon!

Jom kenali siapa Siti Zainab Chia:

PROFIL
NAMA PENUH: Siti Zainab Chia Muhd Zaki Chia
NAMA KOMERSIAL: CT Zie
TARIKH LAHIR: 21 Mac 1986
ASAL: Bedok, Singapura
DARAH CAMPURAN: Ayah (Cina) dan ibu (Jawa Singapura)
KELUARGA: Sulung daripada tiga beradik
DRAMA: Di Garisan Takdir, Kamalia Katrina, Bahang Ravina dan Kecuali Cintamu
FILEM: CE1

petikan dari rindok

Heroin terbaru dari pengarah Aziz M. Osman. Pengarah terkenal ini mengambil pendekatan berbeza dalam mencungkil bakat2 baru dalam dunia hiburan terutama dalam mencari pelakon pelapis. Antara bakat yang dicungkil oleh pengarah ini termasuklah Nora Danish serta Sari Yanti.

“Pada masa yang sama kita mendidik penonton kepada isi filem dan bukan kepada bintang yang berlakon semata-mata. Melalui Facebook yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini, saya menemui Siti Zie dan kebetulan ciri-ciri yang ada padanya menepati watak yang diingini iaitu seorang gadis Cina yang masih muda remaja.

“Di Facebook juga kita boleh melihat profil dan pengalaman diri seseorang, lalu secara tidak langsung ia ruang terbaik untuk memperkenalkan diri. Selepas diujibakat, bakatnya setakat 50-50. Tapi dengan pakej dan keinginan tinggi untuk menerima cabaran, saya berikan dia peluang untuk membuktikan bakatnya. Ruang sudah diberi dan perlu dimanfaatkan bakat baru sepertinya,” kata Aziz sambil memberitahu selebriti tempatan pun sudah ramai memiliki akaun Facebook termasuk dirinya.”

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!