Anak kucing menyerupai tupai

Aneh tetapi benar! Itulah yang terjadi kepada seekor kucing apabila melahirkan seekor anak kucing yang sangat mirip dengan tupai. Kejadian aneh yang berlaku di Kampung Besah Tok Limbung, Tawar yang berdekatan dengan Baling ini sedikit sebanyak telah menarik ramai minat orang luar untuk melihat dengan mata mereka sendiri tentang kejadian aneh ini.

Habsah Ismail (73 tahun) yang juga merupakan pemilik kepada kucing tersebut berkata beliau sangat terkejut apabila mendapati kucingnya sedang menyusukan seekor binatang yang mirip tupai. Tetapi bila diselidiki ianya adalah merupakan salah seekor anak kucing tersebut yang baru sahaja dilahirkan.

Pengedaran gula perlu dipantau pihak berkuasa

Edaran gula dari kilang perlu dipantau oleh setiap Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di setiap negeri agar ia tidak diselewang dan disorok untuk tujuan eksploitasi tertentu.

Ia juga memastikan tiada masalah gula timbul di negeri-negeri lain ketika ini terutamanya di Negeri Kelantan. Pihak KPDNKK telah membuat keputusan bahawa pemborong di sesuatu negeri lain tidak boleh membawa keluar stock gula tersebut ke negeri lain untuk dipasarkan kecuali bagi kes-kes kawasan bersempadan sahaja.

[Read more...]

Stun Gun atau “senjata elektrik” berleluasa

Stun Gun atau di Malaysia lebih dikenali sebagai senjata renjatan elektrik kini mampu dimiliki dengan mudah tanpa permit kerana ia dijual secara berleluasa di beberapa kedai @ premis di sekitar Kuala Lumpur. Sepatutnya ia perlu ada permit untuk menjualnya dari pihak berkuasa polis.

Jika diteliti, walaupun ianya boleh dijadikan sebagai senjata mempertahankan atau melindungi diri dari serangan jenayah tetapi ia juga boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak bertentu untuk tujuan yang tidak baik.

Alat ini tidak boleh membunuh tetapi ia boleh menyebabkan mangsa renjatan lumpuh seketika dan tidak bermaya (tetapi jika kena pada tempatnya boleh membunuh bagi pesakit jantung!) sekaligus pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini boleh mengambil kesempatan ke atas mangsa.

Oleh itu pihak IsuMalaysia.com berharap agar pihak berkuasa tidak memandang remeh akan hal ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...