Linda Jasmine makin mantap!

Linda Jasmine dilihat akhir-akhir ini makin mantap berisi di bahagian-bahagian tertentu walaupun sudah berkahwin dengan Que Haidar. Bertuah badan si suami, tetapi jagalah aurat isterimu. Gambar terbarunya ketika dilihat di Majlis Festival Filem Malaysia yang ke 22 agak menggugat iman para lelaki di luar sana.

 

gambar lagi seterusnya…

[Read more...]

[Artis Review] Sabrina Ali Dad Khan

Impian beliau untuk menjadi penari professional, tetapi lebih menyerlah di dalam bidang lakonan. Siapa yang tidak kenal dengan Sabrina Ali Dad Khan. Bermula dengan hanya menemani mama ke lokasi, lama kelamaan mula jatuh cinta dengan dunia lakonan. Mempunyai talian persaudaraan dengan Datuk Yusof Haslam di mana mama Sabrina adalah adik kepada Datuk Yusof Haslam, maka di perlu menjaga nama baikknya di arena seni ini agak tidak terjebak dalam gossip liar media.

Walaupun anak bongsu dalam adik beradiknya, tetapi Sabrina Ali Dad Khan adalah seorang yang sangat berdikari dalam membuat keputusan dan pencapaiannya. Banyak benda yang tidak pasti dalam bidang lakonan, diajukan terus kepada pakcik Yusofnya itu. Kerjaya seninya yang bermula GBSB (Grand Brilliance Sdn Bhd) menerusi drama Lady Anne dengan memegang watak utama membuatkannya mula dikenali ramai.

Beliau kini yang sudah berkahwin dengan Sharin dan mempunyai satu cahaya mata yakni Ariyana (2 tahun) membuatkan beliau sedikit sibuk dengan aktiviti sebagai isteri sekaligus membuatkannya terhindar daripada cerita yang tidak baik. Pada pertengahan bulan ini Sabrina akan ke Jakarta menjalani penggambaran drama bersiri Kau dan Aku. Selama dua minggu di sana, dia ditemani Shahrin dan Ariyana. Beliau yang masih mencintai bidang tarian, diberi watak sebagai guru tari dalam drama itu. Malah dalam kebanyakan drama lakonannya yang lain termasuk dalam pementasan teater Tun Mamat & Mimpi Tuanku di Panggung Negara Kuala Lumpur, baru-baru ini, dia juga menari. Kemunculannya dalam teater karya Datuk Noordin Hassan, Mana Setanggi, yang dipentaskan di Istana Budaya, tempoh hari pun dia menari.

Jom kenali biodata beliau dengan lebih rapat

[Read more...]

Kemaluan ditoreh oleh kawan gara-gara RM0.50 sen

Hanya disebabkan RM0.50 sen, seorang budak sanggup bertindak ganas dengan menoreh kemaluan rakannya dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar tengah hari kelmari. Kejadian yang berlaku dalam pukul 1 tengah hari kelmarin membuatkan mangsa,  Muhammad Amir Amri (7 tahun), mengalami pendarahan teruk di kemaluan selepas diserang rakannya berikutan luka sepanjang tiga sentimeter pada buah zakarnya akibat torehan pisau lipat berkenaan.

Kejadian buli dan peras ugut ini berlaku di kantin, bila mana mangsa sedang membeli makanan kemudian si pembuli datang untuk meminta wang tetapi mangsa enggan menyerahkan wang tersebut kepada si pembuli. Mangsa yang ditumbuk beberapa kali oleh si pembuli itu masih enggan lagi menyerahkan wang sakunya membuatkan si pembuli berlari ke kelas untuk mengambil kotak penselnya yang disangka mengandungi wang.

Muhammad Amir Amri turut berlari sama ke kelas berikutan bimbang kehilangan kotak penselnya dan ketika dalam kelas, si pembuli itu bertindak lebih ganas dengan menyeluk poket seluarnya untuk mengambil baki wang.

Mangsa yang mengerang kesakitan hanya disedari oleh ayahnya bila dia ingin dijemput pulang. Ayahnya yang terkejut terus membawanya jumpa guru besar tetapi mereka tidak perasan akan kejadian itu. Disebabkan luka yang agak dalam, mangsa dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bendahara semalam, mangsa dilihat masih lagi kurang bermaya berikutan kejadian tersebut.
Satu laporan polis juga dibuat  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star di sini, kira-kira jam 7 malam kelmarin kerana tidak puas hati dengan tindakan ibu rakan sekelas anaknya (si pembuli) itu yang seperti tidak menghormati keluarganya.

Ibu kepada si pembuli itu difahamkan langsung tidak menziarahi atau meminta maaf ketika berjumpa di sekolah selepas dipanggil guru disiplin. Manakala, Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata, beliau belum menerima laporan mengenai kejadian buli itu kerana sedang mengikuti kursus di ibu negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...