Jom cegah H1N1

Saya rasa masih ramai lagi rakyat di Malaysia yang masih lagi menganggap isu H1N1 sebagai isu yang enteng. Kami yang dahulunya begitu, tetapi tidak lagi sekarang kerana ke mana sahaja kami pergi (terutama di tempat awam, shopping complex even menonton wayang), kami akan pakai mask! 3 layer lapisan nano lagi. Yosh. Jom layan video ini dan amati apa msg yg ingin disampaikan.

Bila artis buat parti sosial

Beginilah keadaannya bila artis tempatan kita mengadakan parti sosial. Siapa sangka kalau dalam TV kebanyakan perwatakan yang dilakonkan baik, tetapi diluar sebaliknya. Semoga kita menjaga anak-anak kita supaya tidak jadi seperti mereka. Layan…

 

Datuk Lee Chong Wei mudah menjinakkan Domke

Begitulah kehebatan pemain no 1 Malaysia dan pemain harapan  negara, Datuk Lee Chong Wei memulakan buruan juara dengan melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Dunia yang berlangsung di Stadium Tertutup Gochibowli, Hyderabad, India. Beliau dengan mudah sekali menunduk serta menjinakkan pemain Jerman, Dieter Domke dengan mata 21-14, 21-10 dalam tempoh hanya 25 minit.

Ia perlawanan pertama saya. Saya buat beberapa kesilapan. Permainan terakhir saya sebelum ini adalah di gelanggang yang sama dan ia masih di fikiran saya (ketika tewas perlawanan pertama sewaktu Terbuka India, Mac lalu).Terdapat tekanan pada permulaannya, tetapi saya akan okay di pusingan seterusnya, kata Chong Wei kepada wartawan, selepas perlawanan itu.

Jika dilihat dengan aturan perlawanan, Datuk Lee Chong Wei dilihat mudah untuk melangkah ke pusingan seterusnya, tetapi terlebih dulu perlu menundukkan pemain Nigeria, Ola Fagbemi yang diberi kemenangan percuma berikutan penarikan Rajiv Ouseph dari England di pusingan kedua, esok.

Dari lima wakil negara yang turun pada hari pertama itu, hanya Chong Wei dan Mee Choo meneruskan perjuangan manakala tiga lagi wakil negara kecundang. Lee Tsuen Seng tewas di tangan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 7-21,13-21, manakala beregu wanita negara, Lim Yin Loo/Marylen Poau Leng pula terpaksa akur kepada kekuatan pasangan Jepun Shizuka Matsuo/Mami Naito yang menang dengan 21-8, 21-16.

Si Bibik Penggoda

Gara-gara dilamun cinta dengan amah Indonesia yang kini bekerja sebagai tukang sapu sampah di pejabat syarikatnya, biarpun sudah beristeri dua dan mempunyai tujuh cucu, seorang kontraktor masih tidak sedarkan diri sehingga tergamak mengabaikan keluarga. Bagaikan diserang ‘angau’ dan keruan yang melampau, rumah tangga datuk yang tidak sedar diri itu porak-peranda sehingga kehidupan isteri keduanya menjadi tidak menentu, malah terpaksa berniaga secara kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan semasa serta tunggakan pinjaman rumah dan bil air serta elektrik.

Kini kontrator gatal itu lebih selesa menghabiskan masa bersama wanita warga asing berusia 40 tahun berkenaan daripada bersama isteri-isterinya. Isteri kedua kontraktor itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ann, 52, berkata suaminya diperkenalkan dengan wanita warga asing itu oleh seorang rakan sekitar 2006.

Pada mulanya, wanita warga indonesia itu diambil bekerja sebagai pembantu rumah atau bibik di rumah isteri pertama tetapi tidak lama kemudian, si isteri pertama mensyaki bahawa mereka menjalinkan hubungan sulit selepas anak kami beberapa kali terserempak mereka berdua-duaan dalam bilik setiap kali mempunyai kesempatan.

Menurutnya lagi, perbuatan si suaminya itu menajdi semakin melampau sejak bulan Jun tahun lalu apabila langsung tidak menjenguk serta tidak mengambil berat tentang perihal anak mereka kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama wanita terbabit.

Segala perbelanjaan semasa, hutang-hutang dan bil menjadi tertunggak. Kebanyakan masa lelaki miang tersebut dihabiskan dengan wanita itu sehingga menjadi buah mulut penduduk setempat menyebabkan si isteri dan anak-anak menjadi malu.

Sekarang si isteri terpaksa mengambil tindakan mahkamah berikutan hal ini. Menurutnya, kes saman terhadap suaminya itu akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Klang 25 Ogos ini. Ini juga berikutan beberapa ancaman seperti di simbah cat dan sebagainya di rumah kediaman si isteri seperti seolah-olah ugutan terhadapnya.

“Saya terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan keadilan di pihak saya dan anak yang terus diabai suami,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...