Bapa tiri setan rogol anak

GUA MUSANG – Kerana terlalu takut akan perbuatan setannya terbongkar, seorang lelaki yang juga bapa tiri kepada seorang remaja perempuan ini sanggup menyimbah asid dan cuba membunuh remaja berkenaan sebelum dia sendiri meneguk asid tersebut dan mati di situ.

Semasa dalam 10.30 pagi semalam, lelaki setan yang berusia dalam lingkungan 50 an tersebut membawa anak tirinya itu ke sebuah ladang getah di Kampung Aring Enam selepas pulang bersiar-siar di bandar. Kemudian di situlah gadis berkenaan dirogol berkali-kali oleh lelaki bernafsu syaitan itu, kata Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan.

Remaja terbabit yang terkejut dengan perbuatan bapa tirinya itu merayu berulang kali agar  tidak diperlakukan sedemikian dan jeritannya didengari beberapa penduduk yang kebetulan berada berhampiran ladang getah berkenaan.

Dengan terkejut dan ketakutan, lelaki setan itu mula hilang akal dan terus menikam menggunakan pisau dan menyimbah asid kepada anak tirinya itu. Sejurus kemudian dia sendiri meminum asid terbabit menyebabkan dia menggelupur dan mati di tempat kejadian.

Penduduk tempatan memberikan bantuan kepada gadis tersebut sebelum pihak polis sampai ke tempat kejadian tersebut. Remaja terbabit yang dalam keadaan kritikal kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) Kota Bharu untuk mendapat rawatan lanjut. Mayat lelaki berkenaan pula dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Rusdi Ramli sudah jadi ayah

Tahniah diucapkan kepada Rusdi Ramli dan Sharon Paul kerana sekarang anda secara rasminya telah bergelar ibu dan bapa. Kehadiran cenderamata kecil itu sedikit sebanyak akan menyerikan suasana rumah tangga mereka.

Apple iTunes dengan Blu-ray dan app organization

Kami baru mendapat tip dari source yang boleh dipercayai di mana pertambahan fungsi untuk Apple iTunes dan ianya sangat mengujakan!

Salah satu pertambahan baru yang akan dimasukkan dalam Apple iTunes adalah sistem sokongan Blu-ray di mana yang akan diintergrasikan ke dalam iMac line-up. Lagi sesuatu yang dinantikan peminat adalah mereka diberitahu bahawa iTunes 9 akhirnya akan memasukkan kebolehan untuk visually organize dan menyusun atur iPhone serta iPod touch applications. Ini jelas sekali  menerangkan bahawa integrasi Twitter/Facebook/Last.fm, mungkin broadcasting musik yang sedang dimainkan oleh anda kepada rakan anda?

Biarpun tidak mengumumkan bila ia akan dikeluarkan, tetapi kita tunggu dan lihat bagaimana gadget itu ditingkat-tarafkan lagi. Ianya dijangkakan dalam bulan September ini.

Bolehkah URL Shorteners buat duit?

Bidang perniagaan online “URL-shortening” merupakan satu market dan bidang yang sangat mengkagumkan di mana ia mempunyai peluang serta potensinya yang tersendiri. Sebagai contohnya kegilaan terbaru ramai yakni bit.ly (terutamanya selepas Twitter memutuskan supaya menjadikaannya default URL shortener) tetapi bit.ly masih lagi mencari potensi bagaimana untuk mendapatkan keuntungan dari servicenya itu untuk masa hadapan.

Berdasarkan model perniagaan yang tidak menjadikan duit sebagai landasan utama mereka, maka konsep tersebutlah yang membuatkan mereka kurang mendapat peratusan revenue yang tinggi. Ini boleh memberikan impak yang besar di masa akan datang yang mana boleh mengakibatkan service mereka ditutup terus jika perkara ini berterusan.

Langkah yang bijak yang boleh dibuat setakat ini adalah menjadikannya sebagai perkhidmatan berbayar dan dari situlah ia boleh membuahkan hasil di mana penggunaan serta permintaannya masih tinggi setakat ini. Diharap pada masa hadapan akan muncul lagi beberapa model perniagaan yang sama yang boleh menjana pendapatan yang lebih lumayan terhadap pemiliknya.

p/s: apa yang terjadi pada link anda jika salah satu sevice provider ini shut-down? renung-renungkan dan selamat beramal! :)

Guru besar yang gatal miang

MELAKA – Kekerapan gangguan seksual terlampau yang dibuat oleh seorang guru besar miang kepada seorang guru wanita sebuah sekolah rendah di negeri ini membuatkan guru wanita tersebut bukan saja trauma serta takut, malah hubungan dengan suaminya turut berkecamuk dan kacau bilau. Gangguan seksual terlampau ini diterima beliau apabila guru besar yang berusia dalam lingkungan 50-an ditukarkan ke sekolah terbabit dan memulakan tugas di sekolah itu pada awal Julai lalu.

Guru wanita tersebut yang berusia dalam lingkungan 47 tahun berkata, gangguan seksual tersebut membuatkan beliau menjadi sangat tertekan sehingga beliau terpaksamengambil cuti sakit tiga minggu berikutan tekanan darah tinggi sejak berdepan dengan perangai guru besar miang terbabit.

Guru wanita itu sudah berada di dalam bidang perguruan selama 25 tahun itu menganggap peristiwa gangguan seksual ini sebagai pengalaman yang paling memualkan kerana apa yang dilakukan guru besar itu bukan sahaja menjatuhkan maruah tetapi harga dirinya apabila gangguan dilakukan di depan guru dan kakitangan sekolah.

Walaupun gangguan seksual itu tidak melibatkan gangguan dari segi fizikal tetapi guru besar tersebut selalu membuat mimik-mimik muka yang menggelikan setiap kali mengganggunya dengan kata-kata yang membuatkan dia meluat dan tidak mampu berdepan dengan lelaki itu.

Sebelum ini, saya tak beritahu suami mengenai perkara ini, tapi perangai guru besar makin menjadi-jadi menyebabkan saya tiada pilihan kerana bimbang suami mendapat maklumat kurang tepat mengenai apa yang berlaku. Malah, air mata saya sudah kering disebabkan menangis setiap hari mengenangkan tingkah laku buruknya kerana dia buat perkara ini di depan guru dan kakitangan lain. Di mana saya hendak letak maruah, nanti orang ingat saya pula yang gatal. Perkara ini sudah menjadi perbualan, malah tiga anak saya juga menyedari perubahan diri saya kerana tidak ceria seperti dulu katanya.

Kata-kata tersebut diluahkan oleh guru wanita terbabit selepas ditemui membuat laporan polis di Balai Polis Kandang.

[Read more...]

Mayat bukan Nordin Mat Top tetapi mirip Ibrohim

JAKARTA- Lagi berita terbaru tentang serbuan dan pengecaman mayat Nordin Mat Top. Jasad yang ditembak mati ketika aksi pengepungan tempat persembunyian suspek Nordin Mat Top Temanggung, Jawa Tengah, ternyata bukan sekali jasad Noordin Mat Top. Ini terbukti dari hasil pemeriksaan DNA dan match making DNA antara anak Nordin Mat Top ternyata tidak sama.

Begitulah sedikit informasi yang diperolehi terusRS Polri dan dua orang polis di Mabes Polri.  Apa yang dijangkakan adalah Nordin Mat Top dapat melarikan diri pada tengah malam di saat polis sedang mengepung rumah Muhzahri (di mana tempat yang disangkakan Nordin bersembunyi). Disebabkan kawasan yang strategy dan gelap itulah yang dianggarkan membantu Nordin Mat Top memboloskan diri dari kepongan pihak polis.

8 lagi korban terbaru H1N1 hari ini

Berita ini baru kami terima di mana pada hari ini sahaja sudah 8 orang lagi korban terbaru H1N1. Penyakit selsema babi ini makin makin serius dan menular dalam negara kita. Virus H1N1 (swine flu @ selsema babi) ini dikatakan mula menjadi serius apabila kadar kematian di negara ini makin meningkat.

Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai mask penutup muka serta mengelakkan berkumpul di tempat sesak. Jika anda terasa kurang sihat, selsema, batuk-batuk dan sukar untuk bernafas, anda dinasihatkan untuk terus berjumpa doktor dalam masa terdekat untuk membuat pengesahan serta check agar ujian saringan H1N1 dapat dijalankan dengan kadar yang segera.

Mak nyah di Kuantan makin berani

KUANTAN – Beberapa kumpulan pondan atau mak nyah yang berleluasa di kawasan banda Kuantan hari ini nampaknya terus menjalankan rutin serta aktiviti maksiat harian mereka tanpa perasaan segan silu dan takut, malah ada yang mengatakan mereka berani menayangkan buah dada atau payu dara mantap mereka untuk menggoda jantan-jantan yang berpotensi menjadi pelanggan mereka.

Kegiatan maksiat mereka ini semakin hari semakin menjadi-jadi kerana dikatakan mereka ini sangat berani sehingga menawarkan khidmat pelacuran mereka di tempat-tempat terbuka di mana lorong-lorong gelap sudah lama ditinggalkan. Bila tiba waktu malam, pondan-pondan ini tanpa segan silu menayangkan aksi-aksi yang mengjengkelkan serta meloyakan sehingga ada di antara mereka yang dengan selambanya mendedahkan “tubuh-tubuh seksi” mereka kepada pelanggan bagi menggoda pelanggan tersebut.

Seperti gambar makyah @ pondan di atas, mereka dengan murahnya menawarkan service semurah RM30 untuk dibuat apa sahaja! Begitulah keterdesakan mereka yang selalu berlegar-legar di kawasan di lorong kecil dekat Jalan Haji Abdul Aziz di sini. Gejala seperti ini harus dibendung awal-awal bagi mengelakkan penularan kegiatan tidak sihat bagi penduduk tempatan.

[Video] Serbuan ke tempat penyembunyian Nordin Mat Top

Video di bawah menunjukkan secara langsung bagaimana serbuan dibuat ke tempat penyembunyian Nordin Mat Top sehingga tertumpasnya beliau di situ.

Otak Micheal Jackson dipulangkan

LOS ANGELES: Sejak kematian Micheal Jackson (raja pop dunia) pada 25hb Jun2009, otaknya dikeluarkan dan dijaga serta diselidiki oleh sekumpulan doktor untuk proses ujian toksilogi. Kemudian pada waktu terdekat yang lepas, otak tersebut telahpun diserahkan kembali kepada keluarganya setelah semua ujian toksilogi siap dijalankan, dalam erti kata lain sempurnalah satu badan dan otak Micheal Jackson.

Difahamkan dari sumber yang boleh dipercaya, mayat arwah Micheal Jackson menjalani tiga bedah siasat termasuklah satu proses bedah siasat yang dilakukan oleh doktor swasta yang diupah khas oleh keluarganya. Sebelum ini, pegawai koroner dan patologi peribadi keluarga Micheal Jackson itu  berkata, punca beliau meninggal dunia adalah kerana mengambil dadah berlebihan pada 25 Jun lalu tetapi sebenarnya hingga kini masih belum memutuskan punca sebenar kematiannya.

Menurut sumber lagi (pengurus mayat – Tanah Perkuburan Forest Lawn) , mayat arwah Micheal Jackson telahpun diuruskan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Forest Lawn di Hollywood Hills di sebuah kubur tanpa tanda. Ini kerana keluarga Micheal Jackson bimbang kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang berminat untuk mencuri atau merosakkan mayat Micheal Jackson.
Langkah untuk tidak menandakan kuburnya diambil selepas keluarganya bimbang kemungkinan ada pihak akan merosakkan kuburnya atau mencuri mayatnya. Itu jugalah antara sebab utama kenapa keluarga Micheal Jackson membatalkan hasrat mengebumikan mayatnya di Neverland. – Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...